» » Pengalaman Hamil

Pengalaman Hamil

Assalamualaikum.
Saya sangat-sangat tertarik dengan entri daripada Atiqah Adnan ni (Khas buat blogger bakal ibu). Sebab tu saya  ambil keputusan nak buat entri ni. Lagipun saya tak pernah share lagi tentang saat-saat saya mula tahu yang saya dah pregnant.
Dimulakan kisah, saya dan Cik Abg nikah pada 11 Jun 2010. Dalam hati saya, memang nak anak sangat-sangat. Kalau boleh nak bunting pelamin (mak aih!!), haha. Tapi tak adalah saya cakap kat siapa-siapa pun, sebab takut hampa. So simpan jelah sendiri.

Masa baru beberapa hari kahwin, saya dah period. Cycle period saya memang tetap, iaitu 28 hari. So untuk next cycle tiba-tiba plak terlewat sikit, hati pun berbunga-bungalah. Tapi bila check, negatif!! Sedih jugaklah time tu. Tambahan lagi akak ipar (Kak Uda) saya dah disahkan mengandung time tu (Uda dan Kak Uda nikah dua minggu awal, dan bersanding sama-sama dengan saya dan Cik Abg).

Masa dah tahu negatif tu, hati saya memang risau. Saya takut kalau-kalau saya ni jenis yang susah nak mengandung. Lepastu dah ramai yang tanya-tanya dah berisi ke belum. Ek eleh, relax arr. Baru je kahwin kot!! Tapi sedih sangat time tu. Tapi dalam hati tanam tekad nak cuba buat betul-betul. Buat apa? Paham-paham sudah!! Kalau tak paham aku lempang kang. Haha.
So disebabkan cycle period saya tetap, saya boleh agak bila waktu subur saya. Dan seterusnya, paham-paham sendiri sudah!..
Beberapa hari lepas waktu subur tu, badan saya selalu panas-panas. Kalau bangun pagi tu, badan memang rasa panas sangat. Macam orang demam. Dan memang selalu letih-letih. Tambahan plak time tu bulan puasa. Ada satu hari tu, saya tak larat nak bangun langsung. Tidur je sepanjang hari, sampailah Cik Abg balik dari kerja.
Dan hari ke-28 untuk period saya kali tu jatuh pada satu hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Waktu tu memang berdebar-debarlah menunggu, sama ada saya akan period atau tak. Masa malam raya tu, saya sakit pinggang macam nak senggugut. Saya memang senggugut tiap-tiap kali period. Sedih lagi!! Sebab senggugut, mestilah period. Rasa macam tak ada mood je nak raya.
Yang lagi buat saya sedih, Nenda saya refer saya as “yang tak ada anak lagi tu“. Mak aih, tersentap dada den time dengar tu. Memang sentap habis. Rasa macam nak nangis je. Tapi tahan. Lagipun, Nenda dah tua. Dia tak sedar apa yang dia cakap.
Esoknya, raya. Saya dah prepare bawak pad siap-siap dalam handbag. Tapi saya tak mahu pikir pasal pregnant or tak. Saya nak raya. So hari tu memang saya makan banyak. Banyak yang teramat, tak ada control-control. Semua benda pun nak makan! Sampai cirit lah jadinya. Haha.
Tapi kan, raya pertama tu saya tak period. Raya kedua pun tak, raya ketiga pun tak. Hati dah berbunga riang. Apalagi, sibuklah pergi beli pregnancy test kit. Tapi simpan dulu, saya nak test bila dah tujuh hari lewat. Tapi sepanjang masa tu, tiap-tiap malam saya susah nak tidur. Kaki saya rasa panas sangat.
Dan sampailah hari ketujuh, bangun-bangun je terus ke toilet. Cik Abg tak lena tidur malam sebelumnya sebab nak tahu keputusan. Hehe. Dan Alhamdulillah, positif!! Terus gedik-gedik nak bagitahu Bonda, tak tahu nak menyabau langsung kan? Haha.
Bila dah tahu pregnant, rasa bersyukur sangat. Ya Allah, memang saya amat menantikan kehadiran cahayamata dalam hidup kami. Hari-hari yang dilalui pun rasa bahagia sangat. Kalau boleh, nak cepat-cepat sembilan bulan ni berlalu. Sebab nak tatap muka baby hari-hari.
Tapi sepanjang kehamilan yang dah enam bulan ni, banyak benda yang dah dialami. Saya senaraikan ikut turutan ye:
1. Badan rasa panas, macam orang demam
2. Selalu letih dan tak bermaya
3. Susah nak tidur
4. Asyik nak buang air kecil
5. Tak suka dengan bau badan 
6. Mulut rasa tak sedap, macam payau je rasanya
7. Terasa nak makan benda yang masam-masam je
8. Loya dan muntah-muntah
9. Sakit kaki bila bangun pagi
10. Tangan kebas-kebas (ni sebab tak minum susu..hehe)
Dan saya pasti akan banyak lagi yang akan dialamai selepas ni. Tapi saya tak kisah, sebab saya memang mengalu-alukan kedatangan baby ini.
Ya Allah, syukur pada-Mu atas kurnia ini. Kau permudahkanlah proses kehamilan ku ini. Dan Kau permudahkanlah proses kelahiran anak kami ini nanti. Amin.

Ehem: Buat yang masih belum ada rezeki tu, jangan terlalu bersedih. Banyakkan berdoa, dan tingkatkan usaha. Cuba baca DI SINI, manalah tahu lepas ini peluang korang pula menimang cahayamata.
Ehem-ehem: Pastikan dulu bila waktu subur. Kalau jenis yang period tak tetap, cubalah apa-apa produk yang ada kat pasaran. Yang penting, biar cycle tu tetap dulu. Sebab senang nak kira waktu subur. Kalau tak tahu nak kira waktu subur, boleh search kat internet. Kalau nak tanya saya pun boleh gak. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge