» » » Pengalaman Kaki Kejang Masa Mengandung

Pengalaman Kaki Kejang Masa Mengandung

Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk kehamilan kali ni, semuanya berjalan lancar buat setakatni. Walaupun dah separuh perjalanan dilalui, tapi tak terasa sangat yang saya tengah mengandung sebabnya tak ada rasa mual2 dan muntah. Cuma kadang2 je ada bau2 yang saya tak boleh terima. Selain dari tu, memang semuanya dipermudahkan oleh-Nya, Alhamdulillah.

Cumanya malam semalam, buat pertama kalinya saya merasa pengalaman kaki kejang semasa hamil. Masa tengah sedap2 tidur, tiba2 je kaki kejang. Sakit sangat2! Memang terus menjerit la panggil Cik Abang dan dia tolong buatkan regangan kaki untuk saya.

Kalau ikut pada entri yang baca di blog Kak Yanmie (Kaki Kejang Ketika Hamil), nasihat daripada suaminya adalah kena tidur dengan kaki letak atas bantal. Memang saya tidur macam tu pun. Tapi kalau dah nak kena, tak boleh nak buat apa la kan. Dan nasihat yang dibagi untuk redakan kejang kaki tu, saya rasa saya serahkan ajalah pada Cik Abang untuk buat. Hehe.

Lepas je kena kejang kaki ni malam semalam, terus tak lena nak tidur. Nak gerak pun takut2, sebab takut akan terkena lagi. Sakitnya tu lain macam, tak tahu nak terangkan macam mana. Masa mengandungkan Ammar dulu tak pernah pula rasa, cuma masa tu merana dengan kebas tangan. Betullah cakap orang, setiap kehamilan tu lain2 ragamnya.

Harapnya tak kena kejang kaki lagi lepasni. Semoga Baby pun membesar dengan baik dalam perut ni, InsyaAllah.. =)

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

13 Responses

  1. […] oleh kontraksi otot luar kawalan yang boleh menejajaskan betis kaki. Mama pun pernah mengalami pengalaman kaki kejang semasa mengandungkan Irdhina Aneesa. Memang sakit sangat-sangat. Hanya yang dah pernah rasa je tahu macam mana […]

  2. Maria Awi
    | Reply

    Assalam.. saya pun selalu jugak kena kejang ni ketika mengandung..& doctor gtau sb kekurangan kalsium..
    Ada jugak baca psl kejang kaki di http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/2013/01/kejang-kali-semasa-hamil.html

  3. Jebeng Otai™
    | Reply

    mungkin kaki sejuk kot..tu yg leh simpul biawak..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Apa kes?My Profile

  4. Nur
    | Reply

    Semoga semuanya dipermudahkan..
    Nur recently posted..Anak Saudara BaruMy Profile

  5. akubiomed
    | Reply

    Pengalaman ibu mengandung. Pengalaman mengandung Ammar boleh dijadikan panduan.
    akubiomed recently posted..Entri pemanas badan blog AkuBiomedMy Profile

  6. tehr
    | Reply

    kaki kejang memang sakit sangat
    mujur juga isteri saya tak alaminya masa mengandung
    tehr recently posted..Sarang Tebuan Di RumahMy Profile

  7. segalabenda
    | Reply

    sebijik macam isteri saya..tengah malam kejutkan saya dengan muke berkerut mintak tolong luruskan kaki die..kesian
    segalabenda recently posted..Pelajar belasah guru disiplinMy Profile

  8. azman
    | Reply

    Kaki kejang memang biasa bagi wanita mengandung,kalau nak terasa kejang tu cepat2 tarik kaki(pergelangan kaki) ke atas supaya otot yg nak kejang tak jadi “tarik”.
    azman recently posted..Bila Dah Tua Baru Nak Minum SusuMy Profile

  9. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    Sy x pernah kena kejang kaki…tp bc story bard ni…sy dpt bygkan mcm mana sakitnya kejang kaki…

    Hope dipermudahkan semua sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan baby nanti…

  10. muazfaris
    | Reply

    semoga semua nya dipermudah kan..

    *dah test guna plugin baru dan khas “facebook”.. boleh gantikan “jom baca yang ini juga” yg keluar slide belah kanan nih.
    muazfaris recently posted..Toshiba Satellite U840W Ultrabook untuk kaki wayangMy Profile

  11. zool
    | Reply

    hm.. info yang bagus ni.. boleh jadi panduan bila saya dah memiliki isteri nanti

  12. donnyien
    | Reply

    kena rehat banyak masa mengandung~
    donnyien recently posted..Kes Penipuan Pemadam Api, Saya Kena Bayar RM220 Buta-Buta!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge