» » Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Assalamualaikum.

Seharian saya cuba mengingatkan kembali pengalaman kena denda di sekolah. Terlalu sukar rasanya nak mencari memori lama yang hampir hilang. Tambahan lagi, budak baik jarang kena denda di sekolah. Hehe. =P

Namun demi menghargai seorang blogger perasan kacak yang selalu singgah ke Blog Bardboo ini, saya sahut juga cabaran untuk menyertai Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah. Untuk menang entri kreatif, payah juga rasanya. Nak kalahkan Tuan Titan dari segi SEO, apatah lagi! Tapi pantang mengalah sebelum menyerah. Eh salahlah! Pantang mengalah sebelum berjuang. Sudah tukar ka?

Setelah berfikir masak-masak, saya rasa saya ingin kongsikan pengalaman saya kena denda di sekolah rendah.  Masa itu saya di darjah dua kalau tak silapnya. Saya baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Walaupun baru berpindah, tapi cepat juga mendapat kawan2 baru.

Hendah dijadikan cerita, pada suatu hari, saya dan kawan2 menghabiskan masa rehat di padang. Kami main lari2. Sampaikan loceng berbunyi pun kami tak sedar. Sekali tengok suasana sekitar dah lengang.

Apalagi, semuanya mencicit-cicit la lari masuk ke dalam kelas. Tapi rupanya cikgu dah masuk dalam kelas dan tengah menunggu kami2 yang terlewat ini. Apalagi, kena marahlah dengan cikgu tersebut. Dan denda yang kami dapat hari tu adalah sebatan di tapak tangan. Inilah pengalaman kena denda di sekolah saya yang pertama.

Masa tu rasa tak puas hati sangat dengan cikgu tersebut. Sebabnya itulah kali pertama saya kena rotan. Arwah Abah tak pernah rotan saya. Bonda pun sama, cuma Bonda suka bagi cubitan mesra di peha. Tapi bila difikirkan kembali, memang salah saya pun. Main tak ingat dunia!

>>> Klik SINI untuk sertai pertandingan ini<<<

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh AzmanismaOhbuku,Abrablog.com dan PanduanTNX.com

Notakaki: Saya ada cadangan sikit. Bagi sesiapa yang dapat kalahkan Titan dari segi SEO, buatlah satu entri khas tentang taktik dan strategi yang digunakan bagi memenangi Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah ini. Boleh juga saya jadikan panduan untuk belajar SEO

29 Responses

  1. […] kena denda di Sekolah 11. FitriHadi – Pengalaman kena denda di Sekolah yang hampeh 12. Bardboo – Pengalaman kena denda di Sekolah 13. Chii – Pengalaman kena denda di Sekolah 14. Cik Tom – Pengalaman kena denda di Sekolah 15. […]

  2. auc dot com
    | Reply

    wah semakin meriah nih 🙂
    auc dot com recently posted..Pengalaman Kena Denda di SekolahMy Profile

  3. […] kena denda di Sekolah 11. FitriHadi – Pengalaman kena denda di Sekolah yang hampeh 12. Bardboo – Pengalaman kena denda di Sekolah 13. Chii – Pengalaman kena denda di Sekolah 14. Cik Tom – Pengalaman kena denda di Sekolah 15. […]

  4. chii
    | Reply

    cikgu ni pun..standard ar …kecik2 lagi..mesti la ingt nak main je kan..eheh

  5. Zida
    | Reply

    garang sangat tu cikgu, sebab lambat kejap je pun kan? huhu
    Zida recently posted..Permainan Zaman Dulu Yang Jarang Dimainkan Zaman KiniMy Profile

  6. Aizan Fahri
    | Reply

    oohh, kena denda jugak ke? tahniahlah ye 😛

    psst :
    1. laaa, ni contest ke? patut lah feed bnyk je masuk entri sme, ingatkan masing2 takder idea smpai copy paste content org lain…

    2. denda yg paling memalukan (kot) ialah , bila kita seorang prefect dan bila buat salah, kne denda di kawasan public… feeehh~
    Aizan Fahri recently posted..Today Is Ahad Bro dan Aku Nak Study WahahahahMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      yup..jom la join contest ni sekali..memeriahkan dunia blog..hehe..

      kalau prefect kena denda, memang malu habis la..nak2 lagi kalau yang jenis kerek tu..hehehe..
      Bardboo recently posted..Blog Wardina SaffiyahMy Profile

      • Aizan Fahri
        | Reply

        ahhh…. tak nak tak nakk !!! tak masuk contest lah.
        *pemalas punya itu orang haha ^^

        sy ni kat sekolah, prefect buat dulu, kini dah selamanya…. sedih ==’
        last year (thun lepas, SPM year) bru boleh bersara awal-awal tidak bergaji… ringan sikit bahu tuu
        Aizan Fahri recently posted..Today Is Ahad Bro dan Aku Nak Study WahahahahMy Profile

  7. […] kena denda di Sekolah 11. FitriHadi – Pengalaman kena denda di Sekolah yang hampeh 12. Bardboo – Pengalaman kena denda di Sekolah Update Hadiah: 1. RM70 + 3 buku Mitch Albom 2. RM50 + buku Outlier, Malcolm Gladwell 3. RM30 + […]

  8. Affan
    | Reply

    Hehe. Garangnya cikgu, darjah 2 pun dah rotan.

    ps:
    1. Ni contest SEO ke?
    2. Saya tak jumpa link ke entry asal penganjur, susah nak baca entry pasal contest
    3. Owner blog ni tinggal di France ye? Best tu 😀
    Affan recently posted..Kembali Berblog Setelah Lama MenyepiMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      1. penganjur contest akan bagi hadiah special kalau ada peserta yg dapat kalahkan entri dia dari segi SEO.
      2. terima kasih sebab bagitahu pasal ni. saya dah update link contest di dalam entri ini.
      3. haah, saya menetap di france sekarangni sebab suami sambung belajar..
      Bardboo recently posted..Blog Wardina SaffiyahMy Profile

  9. Denaihati
    | Reply

    garang jugak cikgu ni, darjah 2 dah kena rotan. kesian.
    Denaihati recently posted..Honda Insight Test Drive Day 1My Profile

  10. zie fauzi
    | Reply

    kalau ni kali pertama kena denda confirm akan ingt sampai bila2..tambah2 bila dah tercoret kt sini… 🙂

    mcm nak join la.. bila tarikh tutup? sat..nk skodeng blog yg anjurkan..
    zie fauzi recently posted..Anak Aset ke Syurga atau Neraka?My Profile

  11. paihujey
    | Reply

    hoho..kesian2..tu la kan..kalau bila dah mula main dengan kawan2..tak ingat dunia dah..hehe..nasib baik kena rotan je..
    paihujey recently posted..Obses Pada Warna HijauMy Profile

  12. akubiomed
    | Reply

    Baru pindah sekolah sudah lewat masuk kelas. Orang kata “dakwat pun belum kering lagi”. 🙂
    akubiomed recently posted..Ada hati buat header blog tapi tangan kerasMy Profile

  13. ema
    | Reply

    pengalaman ema berdiri atas kerusi…huhuhu
    ema recently posted..Dari Blogspot Tukar Dot ComMy Profile

  14. titan
    | Reply

    Hehe..dah baca. tu la..main lagi. sape suruh..
    titan recently posted..Siapa nak tudung percuma?My Profile

  15. kimmie
    | Reply

    pasti sebatan itu tidak dapat dilupakan.
    kimmie recently posted..Dato Siti Nurhaliza di History ChannelMy Profile

    • akubiomed
      | Reply

      Sebatan pertama yang akan menjadi ikatan tapi kalau selalu sudah dirotan akan lalidah. 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge