» » » Pengalaman Pertama Minum Air Gula

Pengalaman Pertama Minum Air Gula

Assalamualaikum.

Rasanya setiap orang mengandung mesti nak mengelak dari kena minum air gula ni kan? Masa mengandungkan Ammar dulu, saya tak kena minum air gula sebab masa tu umur belum 25tahun. Nurse kat Klinik Kesihatan tu cakap prosedur sekarang, ibu yang berumur atas 25tahun baru kena minum air gula. Jadi kiranya saya terselamatlah masa tu.

Untuk mengandung yang kali ni pula, dah doktor tu suruh pergi buat ujian ni, makanya terpaksalah saya buat juga walaupun hati tak rela. Kami pergi ke lab pagi-pagi lagi sebab kalau lambat buat ujian, lambatlah dapat makan. Bila dah daftar, kena ambil sampel urin dan lepas tu kena ambil darah. Lima botol kecil tu dia ambil, mak aih banyak betul!

Lepas dah ambil darah, kami dibawa ke satu bilik menunggu. Wah best betul! Boleh duduk lepak-lepak dalam bilik ni, memang selesa betullah. Tak adalah rasa terseksa sangat nak menunggu selama dua jam.  Lepastu staff tu pun datang balik bawak air botol kat bawah ini untuk saya minum. Banyak gak nak kena habiskan tu!

Saya terus minum air tu dalam sekali teguk je. Malas nak minum sikit-sikit, nanti mesti rasa nak termuntah. Boleh tahan juga la air ni, rasa oren, cuma manis sangat-sangat. Kalau yang kat Malaysia punya saya tak pastilah ada perasa ke tak.

Lepas dah minum, kitorang tunggu je la dalam bilik tu. Nasib baik ada bilik khas, so tak dapatlah Ammar nak merayau sakan. Dia duk main pusing-pusing je kat dalam bilik tu sambil main tablet.

Dah sejam, seorang staff lelaki datang dan ambil lagi darah saya. Dia buat ganas betul. Menggigil badan menahan sakit. Bayangkan la kapas kat tangan yang tutup kesan inject pertama tu direntap macam tu je. Pastu dia cucuk jarum pun laju dan kasar. Geram pulak rasanya. Lepas dah kena ambil darah yang kali kedua ni, terus badan rasa lemah je. Nak termuntah, tapi tahan. Nak tengok gelagat Ammar dalam bilik tu pun dah rasa tak larat. last2 Cik Abang bawak Ammar masuk dalam kereta. Dan tinggallah saya dalam bilik tu sorang=sorang untuk lagi sejam.

Bila dah cukup lagi sejam, datang lagi seorang staff untuk ambil darah. Staff yang sama yang ambil darah kali pertama. Dia buat tak sakit, lembut je. Dan rajin borak-borak. Hilang sikit rasa stress. Huhu. Bila dah setel semuanya, kami terus balik dan pergi makan kat luar. Tak ada mood la nak masak. Harapnya keputusan ujian tu OK.

19 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    ada kawan sy kata air gula tu sedap. haha… masing2 punya pandnagan lain2 kan… sy rasa nk termuntah. tapi x pernah lagi muntah setakat ni
    Ummi Hanie recently posted..Buat kek segera untuk jamuan raya dan rumah terbuka? Settle bebMy Profile

  2. Izwan
    | Reply

    peh!
    ammar nak dapat adik!
    tahniah . 😉
    Izwan recently posted..Contest SEO Blogger,Penaja Tak Perlu BertandingMy Profile

  3. Hafizul
    | Reply

    emm minau air gula isteri sy dulu 25 tahun juga..boleh jer minum..hehe..bab menunggu tu yang tak tahan..kalau lepas minum boleh balik segera tak apa kan..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #33 – AlhamdulillahMy Profile

  4. hafizmd
    | Reply

    Siap sempat tidur lagi…hehe
    Moga semuanya selamat yer sepanjang kehamilan ni..

    p.s-ambe mmg geram bila tgk org yg amik darah buat kasar2…huuuuh
    hafizmd recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  5. Cuti Dah Habis!
    | Reply

    […] cuti kali ini pergerakan agak terhad sebabnya hari Isnin lepas saya kena pergi buat ujian air gula, dan hari Selasa pula Cik Abang ada urusan di Prefecture (buat Carte de Sejour). Hari Rabu tu pula […]

  6. donnyien
    | Reply

    saya paling takut kena cucuk jarum haha
    donnyien recently posted..Download BR1M 2.0 onlineMy Profile

  7. syaifuddin alias
    | Reply

    err..seksanya .huuu .. jadi nak dijadikan cerita, saya takut kena cucuk ke, ubat ke, apa smua laa 😀
    syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba NasibMy Profile

  8. Amirez
    | Reply

    tertanya2 jugak ni air gula tu untuk apa ye. tak pernah pula tengok wife saya minum masa pregnant 2 tahun lepas. ramai lelaki tertanya2 ni hehe
    Amirez recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  9. Oral Glucose Test during Pregancy | Ujian Air Gula
    | Reply

    […] post: Pengalaman Pertama Minum Air Gula Blog Bardboo  »  Info I Tips I Panduan   »   […]

  10. puteri kasih
    | Reply

    banyak kali kena amek darah eh?

    air gula tu biasanya diberikan pada wanita mengandung yang ada kaum keluarga yang ada kencing manis kan?
    puteri kasih recently posted..Bila Taufan Sandy MengganasMy Profile

  11. sha
    | Reply

    mungkin disebabkan kandungan glukose yg rendah. masa sha preggie dulu tak pernah lagi kene minum air gula. tapi janganlah risau, ia sebagai langkah2 berjaga jaga… insyaAllah..
    sha recently posted..Looking forward for our next vacation !!!My Profile

  12. rahman
    | Reply

    prosedur minum air gula ni sebenarnya sangat penting.. ibu mengandung yang di dapati mempunyai masaalah kencing manis mungkin akan menghidap kencing manis di lewat usia.. kalau dapat tahu dari sekarang bolehlah ambil pencegahan awal…
    rahman recently posted..Rohingya…Dunia sedang tidur LenaMy Profile

  13. shraqs
    | Reply

    1st time saya tau ni. Maklumla belum ada pengalaman. 🙂
    shraqs recently posted..Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android SmartphoneMy Profile

  14. Juan
    | Reply

    apa kegunaan air gula tu yer
    Juan recently posted..Melihat Statistik Fail Muat Turun Menggunakan Google URL ShortenerMy Profile

    • Jebeng Otai™
      | Reply

      mungkin nk tampung sbb kurang glukose kot..
      Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Intel 48 CoresMy Profile

    • Naziman
      | Reply

      Saya pun nak tahu juga apa kegunaan air gula tu. Tak pernah tahu pun. Tapi saya rasa kegunaan air gula tu sebab masa mengandung ni badan kekurangan glukos kot, jadi itu lah nak tambah. Tapi kalau ikut logik, mesti orang muda wajib minum. Sebab orang lagi muda banyak guna tenaga dan glukos. tak tahu la. kita tunggu jawapan dari puan bard. hehe
      Naziman recently posted..16 Senarai Blog Gadget Popular Malaysia dan Luar NegaraMy Profile

      • Eizil
        | Reply

        sama juga dengan rakan-rakan yang lain, tertanya-tanya kenapa perlu minum air gula tu ya? Tak pernah ada pengalaman bersama dengan orang mengandung, so memang tak tahu apa-apa berkaitan dengan proses minuman air gula ni…

  15. Anuar
    | Reply

    Memang tak patut betul staf lelaki tu bertindak kasar semasa urusan ambil darah.. Diharap puan dapat bersabar.. dan semoga semuanya berjalan dengan lancar…
    Anuar recently posted..Panduan Soalan Exam Penolong Penguasa Imigresen KP27My Profile

  16. fatin amalina husna
    | Reply

    banyaknya depa amek darah..
    kalau husna pengsan jugak kat situ..darah jatuh setitik pon dah pening..haha..
    fatin amalina husna recently posted..kecik lagi dah tiada ibuMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge