» » Pengalaman Ramadhan Tahun Ini

Pengalaman Ramadhan Tahun Ini

Assalamualaikum.

Walaupun bulan Ramadhan tinggal separuh lagi, tapi rasanya Mama nak coretkan di sini pengalaman berpuasa tahun ini. Sejak dah ada anak, ini kali pertama Mama berpuasa tanpa menyusukan anak. Sebab Aneesa dah berhenti menyusu badan sejak beberapa bulan yang lepas.

Bila dah tak ada menyusukan anak semasa tengah berpuasa, memang terasa kurang penatnya. Kalau dulu, bila dah petang je memang Mama tak larat dah. Rasa badan lemau sangat. Tapi kali ini, lepas solat Asar pun masih ada tenaga nak bersilat di dapur.

ramadhan

Alhamdulillah untuk setakat hari ini kami belum ke bazar lagi. Tak terasa pun nak pergi membeli di luar. Bukan sebab nak boikot penjual-penjual bazar, cumanya keinginan tu yang tak ada. Mama lebih selesa masak makanan sendiri. Menu berbuka kami biasa-biasa sahaja, kuih-muih pun tak ada tau. Rasanya masa bulan puasa inilah kita nak merasa keperitan orang-orang yang tak cukup duit untuk beli makanan.

Tapi rasanya sebelum Ramadhan ini berakhir, Mama nak jugalah merasa pergi ke bazar. Sekali atau dua kali pun cukuplah. Sekadar untuk merasa kemeriahannya sahaja. Lagipun dulu masa berpuasa di negara orang, memang geram tengok orang kongsikan juadah-juadah yang mereka beli.

Sebelum Mama terlupa, dalam bulan puasa ini ada satu memori kelakar untuk kami sekeluarga. Anda boleh baca di sini ye; Aneesa Dah Pandai Berdrama

Ok, sampai di sini sahaja. Selamat berpuasa untuk semua!

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

8 Responses

  1. Dunia Zumal
    | Reply

    Rajinnya bersilat kat dapur yer… Zumal beli je hari2
    Dunia Zumal recently posted..TUDUNG SI COMELMy Profile

  2. ridhwan
    | Reply

    banyak rasanya pengalaman yang baru dalam Ramadahan tahun ni..ahahaha..apa-apa pun semoga puasa kita dalam Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

  3. adianiez AIDA
    | Reply

    sama la kita. lom jejaki param lagi.
    weekend ni nak gi jalan kat bazar ramadhan ampangan, seremban.
    tapi bukan siang before berbuka.
    lepas terawikh ~ bwk anak2 jalan2…
    adianiez AIDA recently posted..BERPANTANG SELEPAS BERSALIN ZAMAN TERKINI 🙂My Profile

  4. fyna
    | Reply

    fyna lak. beza tahun nih berpuasa sebagai seorang isteri.

  5. Mama Kembr 3
    | Reply

    bestnya you dapat masak tiap hari, jimat & terjamin bersih kan. I kalau balik lambat tak sempat masak, mmg tapau kat kedai je laa jawabnya
    Mama Kembr 3 recently posted..Mama Cemburu!My Profile

  6. ana zarin
    | Reply

    Seronoknya bila boleh masak sendirikan daripada beli makanan di bazar

  7. muja
    | Reply

    bestnya la.. tak sabar rasa nak ada baby sendiri.. tapi buat masa sekarang.. kena merancang lagi.. study ada setahun setengah lagi.. huhuuu
    muja recently posted..Apabila Isteri..My Profile

  8. emalin mohd
    | Reply

    Malas sebenanrnya nak ke Bazar Ramadhan sebab ramai orang pastu parking pun susah.hih
    Masak simple kat rumah lagi senang
    emalin mohd recently posted..Resepi Tart NanasMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge