» » Pengalaman Sendiri Menggunakan Nutriwhite Shaklee

Pengalaman Sendiri Menggunakan Nutriwhite Shaklee

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Sebelum ni, Mama dah cuba bermacam-macam jenis pencuci muka. Terutamanya yang selalu keluar iklannya di TV. Biasalah orang perempuan ni kan, cepat sangat terpengaruh bila tengok iklan di TV. Rasa macam nak cantik juga macam model-model tu. Hehe.

Tapi bila dah duduk di Perancis, Mama terpaksa berhenti menggunakan pencuci muka. Sebabnya bila pakai, kulit Mama akan jadi pedih. Cuaca kat sana menyebabkan kulit Mama jadi kering bersisik-sisik. Bila pakai pencuci muka, lagi bertambah teruk. Jadi memang kena berhenti guna.

Bila dah balik Malaysia, Mama pun dah terbiasa tak menggunakan pencuci muka. Tapi disebabakn nak bermasker dengan menggunakan Vita E, Mama kena basuh juga dengan pencuci muka, sebab muka jadi melekit denagn minyak Vita E. Masa pertama kali bermasker dengan Vita E, Mama terpaksa basuh dengan pencuci muka Cik Abang. Hehe.

masker shaklee

Jadi bila terasa nak bermasker lagi, Mama pun belilah pencuci muka NutriWhite Shaklee ni. Kalau tengok harganya, memang gerun. Tapi bila baca review dari orang-orang lain, satu tiub ni boleh tahan sampai 10 bulan. Kalau beli pencuci muka biasa tu, satu tiub dalam belas-belas ringgit. Kalau darab 10, dah seratus lebih. Jadinya, berbaloilah juga nak beli NutriWhite Shaklee ni sebagai pengganti.

nutriwhite shaklee

Kenapa NutriWhite ni boleh tahan lama? Ada dua sebab:

1. Saiz tiubnya yang besar, iaitu 150g.

2. Cuma perlu pakai sikit je, tapi buihnya banyak. Mama selalu picit keluar tak sampai 0.5cm pun. Macam saiz kacang hijau je. Tapi buihnya memang banyak dan cukup untuk ‘cover’ seluruh muka dan leher.

Best ke pakai pencuci muka NutriWhite ni?

Best! Sebab kulit muka jadi halus je. Kulit Mama pun dah tak kering dah. Memang Mama akan teruskan pakai NutriWhite ni, dan tak tukar kepada pencuci muka lain.

Anda pula macam mana? Nak cuba? Jom beli dengan Mama ye. =)

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge