» » Pengedar Shaklee Gombak Untuk COD Produk Shaklee

Pengedar Shaklee Gombak Untuk COD Produk Shaklee

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Sejak awal tahun ini, kami sekeluarga sudah duduk menyewa di Gombak. Sebabnya Cik Abang tengah sambung belajar di UIA.

Jadi sekarang ini Mama sudah bertukar daripada pengedar Shaklee Parit Raja/Batu Pahat kepada pengedar Shaklee Gombak pula. Bertukar status buat sementara waktu je ni, hihi. Nanti akan kembali semula ke negeri Johor.

InsyaAllah buat masa sekarang semua penduduk Gombak dan kawasan sekitar boleh dapatkan produk Shaklee dari Mama. Bagi pelajar dan staff UIA juga boleh beli dari Mama, nanti kita akan COD Shaklee di UIA, ok?

Baiklah buat pengetahuan semua, kami sekarang menetap di Taman Sri Gombak. Jadi sesiapa yang duduk di sini memang senang sangatlah nak dapatkan produk Shaklee dari kami. Cuma perlu roger-roger aja, nanti kami sampai. =)

pengedar shaklee gombak dan UIA

Cara Untuk COD Produk Shaklee (Cash on Delivery)

 

Anda cuma perlu menghubungi Mama untuk order barang. Kemudian kita tetapkan tempat dan masa untuk berjumpa. Pembayaran dibuat secara tunai apabila barang diserahkan.

Setiap pembelian dari Mama akan disertakan dengan konsultasi cara pemakanan suplemen yang diberi. Anda juga boleh bertanyakan sebarang kemusykilan berkaitan suplemen/kesihatan kepada Mama.

 

Siapa Gerangan Pengedar Shaklee Gombak Ini?

Ok mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli sebab nak tahu dulu perlu berurusan dengan siapa, kan? Jadi meh sini Mama kenalkan diri serba sedikit.

Nama penuh Mama, Siti Badariah Baharin. Sebab itu gelaran di alam maya ini dikenali sebagai MamaBard. Seorang emak beranak dua buat setakat ini.

Mama merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Dan telah terlibat dengan bisnes Shaklee sejak tahun 2013.

Cukuplah setakat itu perkenalan kita ye. Jangan lupa ye dapatkan suplemen Shaklee dari pengedar Shaklee pilihan ramai ni. Hihi. =)

 

Leave a Reply

CommentLuv badge