» » Penimbang Berat Itu Cemburu Padaku, Sungguh!!

Penimbang Berat Itu Cemburu Padaku, Sungguh!!

63kg!! Yer, itulah berat terbaru menurut kepada penimbang di Klinik Kesihatan. Tapi bagi saya, berat saya masih lagi 54kg. Haha, perasan lebih. =P

Hurm, kena tegur lagi semalam sebab berat badan naik melampau sangat. Aduyai, nak buat macam mana. Dah tengah selera nak makan ni. Kang bila tak ada selera, langsung tak mahu makan. Kalau makan pun, asyik muntah je. Hurm..

Tapi cuak gak lah. Sampaikan malam tadi termimpi-mimpi nampak badan sendiri yang semakin mengembang. Lepastu tak boleh nak terima kenyataan yang itu adalah saya!! Wawawa, sedih gila. Agaknya senang tak nak turunkan balik berat badan lepas mengandung?

Ehem: Esok kena pergi KK lagi, untuk buat ujian darah. Malsanya!!

Ehem-ehem: Kepada yang mengandung gak, jom buat exercise ni sama-sama yer! TEKAN SINI

Ehem-ehem-ehem: Tajuk entri ni tak boleh blah kan? Haha

Leave a Reply

CommentLuv badge