» » Perancangan Kerjaya Sebelum Dan Selepas Bersara

Perancangan Kerjaya Sebelum Dan Selepas Bersara

Assalamualaikum.

Entri ini ditulis oleh seorang penulis jemputan bagi blog Mahligai Cinta.

=====================================================

Bagi mereka yang lagi 3-5 tahun akan bersara, mungkin persediaan sebelum bersara adalah tidak sesuai tetapi mereka boleh fikirkan persediaan selepas bersara dari segi kerjaya. Bagi mereka yang akan bersara 10-20 tahun lagi maka persediaan sebelum dan selepas bersara harus difikirkan dan dirancang agar selepas bersara mereka telah mempunyai persediaan yang lengkap.

Apa yang dimaksudkan dengan:-

PERANCANGAN KERJAYA SEBELUM BERSARA
Katakan anda akan bersara lagi 20 tahun. Jawatan yang anda pegang sekarang ini ialah pembantu makmal(C17) dan gaji mati anda adalah RM2155.88. Bagi jawatan pensyarah Pensyarah(DS45 P1T21) pula gaji mati adalah RM5484.96. Adakah untuk tempoh masa tersebut kita masih hendak kekal dengan jawatan tersebut? Kalau gaji mati bagi ke dua2 jawatan tersebut ketika pencen jika telah berkhidmat lebih dari 30 tahun ialah RM1293 dan RM3290.98. Lihatlah perbezaan gaji ketika pencen.

Apakata bagi yang berjawatan rendah, sementara muda rancanglah kerjaya anda untuk meningkatkan lagi jawatan secara tidak langsung meningkatkan jawatan. Mungkin pembantu makmal boleh sambung belajar keperingkat ijazah supaya mendapat jawatan yang lebih tinggi sebelum pencen. Begitu juga sebagai pensyarah boleh berusaha untuk naik ke pensyarah kanan, professor madya dan professor. HBB juga merancang kerjaya sebelum pencen dari pensyarah kanan (jawatan sekarang) kepada sekurang-kurangnya Prof. Madya (DS54). Doakan ye. Amin. Contoh di atas juga boleh difikirkan oleh kakitangan swasta. Rancanglah kerjaya sebelum pencen dengan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi tabung simpanan KWSP anda.

Bagaimana?
1.Tingkatkan ilmu pengetahuan atau tahap pendidikan secara tidak langsung mungkin boleh dinaikkan pangkat bila ada kekosongan.
2.Bekerja dengan lebih rajin agar boleh dinaikkan pangkat. (pedulikan orang kata kita nak bodek atau sebagainya, kita berusaha untuk hari bersara kita)

p/s: perkiraan tersebut bukanlah tepat tapi sebagai anggaran

PERANCANGAN KERJAYA SELEPAS BERSARA
Ketika bersara, bagi kakitangan kerajaan ada pencen dan kakitangan swasta hanya bergantung kepada duit KWSP. Persoalannya adakah pencen dan duit KWSP yang ada cukup untuk menampung kehidupan anda utk tempoh lebih kurang 15-20 tahun lagi? (lihat berapakah anggaran keperluan dalam entri INI). Kalau tidak cukup, maka perancangan perlu dibuat dari awal sebelum kita bersara. Dari pengalaman HBB menghadiri program Pra Persaraan yang disampaikan oleh sahabat mendapati ada peserta yang ingin berniaga atau menjadi petani atau penternak. Untuk melakukan aktiviti tersebut juga memerlukan perancangan dan ilmunya yang khusus. Maka fikirkanlah apa bentuk kerjaya yang hendak dilakukan setelah bersara. Sebagai contoh jika anda tahu jenis tangan panas maka janganlah nak jadi petani selepas bersara. Hehehe. Kena fikirkan juga faktor usia dan kudrat ketika itu.

Kalau nak dituliskan setiap langkah yang diperlukan untuk melakukan setiap aktiviti yang difikirkan untuk dibuat setelah bersara terlalu panjang. HBB bertindak sebagai pembuka minda anda sahaja. Carilah ilmunya. InsyaAllah nanti HBB akan cuba gariskan langkah2 yang perlu jika berkesempatan. Selamat merancang kerjaya sebelum dan selepas bersara.

23 Responses

  1. Jas
    | Reply

    Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”
    Jas recently posted..Risks? What Should I Do?My Profile

  2. saroja
    | Reply

    Saya dah rancang lepas bersara saya apply kerja amal kat masjid …..duit gaji bersara dah cukup buat menampung kehidupan….dah tua makan dah tak lalu dah yg penting tak mahu jaga cucu !!!! …… saya nak berehat dan buat kerja amal dan tak mahu pening kepala fikir pasal kerja….

  3. wandisini
    | Reply

    perancangan sebelum persaraan memang sangat perlu dilakukan lebih awal. halangan untuk melaksanakan rancangan itu pun besar gak. ianya bergantung pada situasi dan keadaan kita ketika ini.

    apa-apa pun, memang lebih baik merancang daripada gagal merancang
    wandisini recently posted..Hasil Dari Seminar SEO Majalah NiagaMy Profile

  4. sjiehan
    | Reply

    saya kalau ada modal… mmg nak g buat bisnes besar2….

    makan gaji mmg xbleh lama….

  5. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    X peker nak pencen.. Baru je hari nie sotat koje…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Hari Pertama Kerja Lelaki KacakMy Profile

    • HBB
      | Reply

      baru start keje…cuba baca lagi satu entri yg di linkkan dlm artikel di atas

  6. noorsyamsul
    | Reply

    memang perlukan perancangan yang betul dan teliti…
    noorsyamsul recently posted..WORDLESS WEDNESDAY: SELAMAT HARI GURU 2012My Profile

  7. Lawrence Vision
    | Reply

    Perancangan memang penting terutamanya dalam aspek kewangan supaya dihari tua kita ada dana yang cukup
    Lawrence Vision recently posted..Perancangan Kewangan 10 Tahun Akan DatangMy Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Ada benarnya salah satu cara untuk meningkat pendapatan adalah menjawat jawatan tinggi. Kalau berhijrah ke syarikat baru pun ada peluang dapat kenaikkan tangga gaji yang baik.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # AkuBiomed vs Abang Long trademark Fatin LiyanaMy Profile

  9. kesoma.rai
    | Reply

    sebenarnya..saya kurang setuju tentang perancangan kerjaya selepas persaraan.. pada saya bersara adalah satu turning point where people should have more time to spend with the family and for themselve. Takkan nak kena kerja sampai nak masuk ke liang lahad..work for money.. walau pun saya sangat arif yang hakikatnya ramai orang yang da pencen terus bekerja..tapi saya prefer perancangan rapi dilakukan supaya apabila pencen kelak kita boleh teruskan kehidupan tanpa perlu bekerja atau menyusahkan sesiapa..

    but the hardest thing adalah..to create awareness to people that there is need to carefully plan their life and their cashflow to do that.. just my two cents 😀
    kesoma.rai recently posted..Dahla tua, gemuk..bodo pulak tu!My Profile

    • HBB
      | Reply

      kerjaya yg dimaksudkan di sini adalah kerjaya yg santai2…di mana stressnya kurang. klu kewangan sdh cukup utk menampung setelah bersara..mmg duduk rumah rehat2 lg ok bersama cucu.

      • kesoma.rai
        | Reply

        betul..walau pun kerjanya santai..pada saya sangat lain bila kita bekerja untuk menampung kehidupan dengan kita bekerja sebab nak mengisi masa terluang..

        saya tak kata encik HBB salah..cuma saya rasa bila kita kata bekerja utk duit.. walau pun stress nya kurang..still lagi ada pressure bila kita tak dapat dapatkan duit yang cukup untuk tampung hidup..apa lagi dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni..

        apa pun..saya kira, bagi mereka yang kurang berminat dalam bidang selain bidang pekerjaan, apa yang dibincangkan ni adalah sangat baik untuk buat persediaan persaraan..
        kesoma.rai recently posted..Dahla tua, gemuk..bodo pulak tu!My Profile

  10. azman
    | Reply

    Merancang memang perlu…kalau tak..bila dah tua tak kan nak harap anak kan…belum tentu anak akan tanggung kita sampai mati.Byk dah tgk org yg tiada perancangan masa tua,hidup melarat.

  11. mie
    | Reply

    nampak gayanya..
    kalo bersara kena ada kerja lain juga la..
    eheheheee
    mie recently posted..Wordless Wednesday #14 Pink Tuk TukMy Profile

    • HBB
      | Reply

      sbb itu kita perlu buat perancangan dr awal… 🙂

  12. suri
    | Reply

    skrg nak fikir pas bersara jgn harp dpt gunakan wnag saraan sepenuhnya mesti ada bt kerja2 yang lainkan..
    suri recently posted..Dua Puluh SenMy Profile

  13. Jebeng Otai™
    | Reply

    mmg btul juga kerjaya lepas bersara harus difikirkan selain dari simpanan kegunaan time pencen..

    rasanya yg pling sesuai ialah berniaga..unilever ada menjual kit penyediaan nasi ayam hainan..didalam kit tu ade cd bagaimana utk ptg,serve,buat dsbnya..mmg bagus la.. 🙂

    p/s : pensyarah kat utm ker??hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Nombor Telefon Lelaki KacakMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge