» » » Pergi Paris Buat Pasport

Pergi Paris Buat Pasport

Assalamualaikum.

Selamat memulakan minggu baru buat semua. Di Malaysia sekarangni mesti tengah hebat pungpangpungpang tentang pilhanraya, kan? Kami kat sini tak adalah terasa sangat pun. Nak-nak lagi saya ni, yang memang tak berapa minat nak ambil tahu pasal politik. Ok ni saya nak cerita pasal cerita yang dah agak basi, cerita beberapa minggu lepas.

Kami pergi ke Paris, dengan tujuan nak buat pasport untuk Irdhina Aneesa. Masa tu Cik Abang dah habis semua exam, dan tengah cuti sementara nak tunggu buat praktikal. Jadi kami ambil peluang tu untuk ke Paris. Pergi hari Isnin, pagi-pagi lagi dah bertolak. Tapi sampai ke Paris petang. Almaklumlah, dari Toulouse  ke Paris bukannya dekat. Sampai sakit-sakit pinggang duduk dalam kereta barulah sampai. Huhu.

Esoknya, kami terus buat urusan paling penting dulu, iaitu pergi ke Kedutaan Malaysia di Paris. Cantik bangunan dan hiasan dalamannya. Habis je urusan di sana, kami bergerak ke Eiffel Tower. Saja je nak ambil-ambil gambar walaupun dah pernah ke sana tahun lepas. Tapi tak dapat nak lama-lama di sana sebab Ammar terlalu aktif, berlari ke ke sini. Lagipun cuaca sejuk sangat. Lepastu kami terus je balik untuk berehat di hotel. Plan asal untuk berjalan-jalan ke tempat lain terpaksa dibatalkan. Nak simpan tenaga untuk aktiviti esoknya, iaitu menghabiskan masa di Disneyland Paris. Untuk entri seterusnya, saya akan ceritakan pasal Disneyland Paris ini plak, OK? Bye..

11 Responses

  1. leny
    | Reply

    Gambarnya cantik sekali,,paris memang wahhhhhh

  2. sensasi2020
    | Reply

    Seronoknya dapat pergi ke Perancis ya. Ada byk tempat-tempat menarik di sana. Sejuk dan dingin suhunya di sana. Walau apapun selamat berada di sana psti akan ke Malaysia nanti jika habis belajar kot ( Si Suami ). Sukses selalu…. buat Puan.
    sensasi2020 recently posted..Review Blog sensasi2020.com – Bukan Sekadar SensasiMy Profile

  3. Asyrof Asri
    | Reply

    Bilakah saya akan ke Paris Cikpuan?..

    Terasa ingin pergi ..

    Lemas dah duk kat Mesir ni … huhu ..
    Asyrof Asri recently posted..Kontes Panduan Blogger – HasrulHassan.comMy Profile

  4. cikgu naman
    | Reply

    bilalah ada rezeki ke sini..tour guide dah ada..hehe

    p/s : kalau kecikkan lagi aperture mesti best nampak menara tu 😉
    cikgu naman recently posted..Wondershare Panorama Untuk AndroidMy Profile

  5. hafiz
    | Reply

    bestnya dapat gi eiffal tower..
    hafiz recently posted..Keputusan penuh Selangor vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013My Profile

  6. akubiomed
    | Reply

    Cantik menara Eiffel cuma kesan bokeh memberikan tumpuan kepada abang long.
    akubiomed recently posted..Yongnuo speedlite YN565EXMy Profile

  7. azman
    | Reply

    Di Malaysia memang tengah hangat nak mengundi 🙂

  8. Hairul Azni
    | Reply

    Cantik gambar dengan berlatarbelakangkan Eiffel Tower tu..
    Hairul Azni recently posted..Ong Yang Ada Pada Bunga AdeniumMy Profile

  9. iOS Gear
    | Reply

    Seronoknya dah sampai ke Paris..saya suka dengan dua2 gambar tu..
    iOS Gear recently posted..Nikon Yang Berharga Gila Di eBayMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge