» » » Perjalanan Menuju Perancis (PART 02)

Perjalanan Menuju Perancis (PART 02)

Assalamualaikum.
Dah baca tak Perjalanan Menuju Perancis (PART 01)? Kalau belum baca, sila baca dulu ye. Kalau dah, jom kita sambung ke Part 02 pula. Pengembaraan bermula!!
05 Sept 2011 (Aeroport Toulouse Blagnac):
Setelah penerbangan selama sejam lebih dari Paris, akhirnya kami sampai jugak ke destinasi terakhir: TOULOUSE!! Alhamdulillah, tenang sikit rasa hati bila dah sampai kat sini. Lepas dah ambil beg, kitorang pergi dekat dengan information counter sebab akan ada kawan kepada kawan Cik Abang akan datang jemput kitorang. Masa tu dah nak dekat pukul 1pm, sedangkan janji nak jumpa pukul 12.30pm. So Cik Abang takut kitorang dah terlambat dan orang tu dah balik. Then Cik Abang decide untuk beli simkad untuk call kawan dia.
Sementara Cik Abang mencari simkad, saya duduk je kat kerusi dengan Ammar. Tak larat dah nak berjalan-jalan lagi. Masa duduk2 tu, nampaklah seorang hamba Allah yang muka Melayu, datang ke arah kami. So inilah dia kawan kepada kawan Cik Abang. Nama abang ni Abang Ikmal. So kami pun borak2 la dulu sementara menunggu Cik Abang sampai. Tapi bila dah lama sangat, Abg Ikmal pun bangun untuk pergi cari Cik Abang. Tapi baru jalan sikit dah terserempak dengan Cik Abang. Great!m
Lepastu Abang Ikmal bawak kitorang pergi ke hotel yang kitorang akan menginap. Namanya Residhome Tolosa. Nasib baiklah Abg Ikmal ni fasih berbahasa Perancis, so dia yang tolong deal kan dengan orang di registration counter. Lama gak urusan kat situ, sampaikan Ammar dah melalak2 menangis. Dia lapar, tapi saya tak confident untuk menyusukan Ammar depan orang ramai. ='(
Nak terus masuk bilik hotel, masih belum boleh lagi sebab orang hotel tengah nak kemaskan bilik tu. So Cik Abg dan Abg Ikmal pergi cari kedai untuk beli simkad, dan saya plak duduk dalam kereta menyusukan Ammar. Masa tu kereta Abg Ikmal parking kat depan bangunan lama yang terbiar. Masa tengah menyusu tu, saya saja jela pandang ke arah tingkap bangunan tu. sekali ternampak seorang lelaki tua tengah memandang tajam ke arah saya!! Waaa, takut!!!!Saya cepat2 pandang ke arah lain. Tapi lepas beberapa minit, saja je pandang lagi dan orang tu masih ada lagi. Saya terus pandang dia lama2, and barulah dia nak blah dari situ. Pergh selamat!

Tunggu punya tunggu, akhirnya Cik Abg dan Abg Ikmal pun balik. Kitorang pun teruslah masuk ke bilik hotel. Oh Abang Ikmal ada bagi kitorang nasi goreng yang isteri dia bekalkan. Bersyukur sangat2 rasanya. Tak payah susah2 nak pikir nak cari makanan. Dah la tengah lapar dan letih. Memang diorang sangat2 memahami. Terima kasih ye!! =)

Lepas Abg Ikmal balik, saya pun call Bonda. Cik Abang plak call mak/abah, tapi tak berangkat. Aktiviti seterusnya adalah tidur!! Kami tiga orang tidur straight enam jam, memang terbaik! Hehehe. Terjaga pun sebab ammar nak menyusu. Huhu.

Bila dah bangun barulah kitorang makan nasi goreng, lepastu sambung tidur lagi. Itulah dia kisah kami dari Malaysia ke Perancis. Kami teruja, tapi kami penat. Sekian

Kata Bardboo: Entri ni tak ada gambar ye. Kitorang langsung tak sempat nak ambil gambar. Yela, sorang pegang Ammar, sorang lagi pegang barang. Entri seterusnya akan ada gambar. Promise! =)

Leave a Reply

CommentLuv badge