» » Perkara Wajib Buat Untuk Elak Tak Ada Idea Masa Nak Update Blog

Perkara Wajib Buat Untuk Elak Tak Ada Idea Masa Nak Update Blog

Assalamualaikum.
~Hah amik kau tajuk entri panjang gila~
Korang pernah rasa tak masalah ni? Bila dah duduk depan laptop, tiba-tiba tak tahu nak tulis apa. Satu idea pun tarak. Padahal sebelum tu rasanya macam-macam benda nak di update kat blog, kan? Yelar, kadang-kadang kita ni dapat ilham time tengok TV, time nak tidur, time nak membuang hajat, dan lain-lain.
Tapi bila dah sampai masa untuk update blog, semua ilham-ilham tu hilang. So macam mana nak atasi benda ni. Senang je, semudah ABC. Hehe. =P
Sila sediakan satu buku kecil (buku 555 pun ok) untuk korang catit ilham yang datang secara tiba-tiba tu. Tak payahlah tulis satu karangan penuh dalam buku kecil tu. Hanya keyword penting je. Nanti bila nak update blog, just refer kat buku tu dan pandai-pandailah korang olah sendiri dari keyword yang korang catit tu. OK?

Leave a Reply

CommentLuv badge