» » Perkembangan Terbaru

Perkembangan Terbaru

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua! Alamak, saya ni betul2 ketinggalan keretapi la. Hehe. Almaklumlah, busy sangat sekarangni. =P

Erm, sekarangni kitorang satu famili dah jadi orang tidak berumah. Sebabnya dah pindah dari rumah sewa kat Parit Raja tu. Barang2 semua dah diangkut. Buat masa sekarang kitorang tinggal di rumah Bonda kat Klang dan juga rumah Mak/Abah di Pantai Dalam. Gilir-gilir la, kejap di Klang, kejap di Pantai Dalam.

Barang-barang yang dari Parit Raja tu pun tak habis dikemas lagi. Masih lagi dalam plastik sampah hitam. Kalau agak-agak malas sangat nak kemas, campak je plastik-plastik dalam lori sampah, ok tak? Hehehe. Seriously, penat sangat bila pindah rumah ni. Padahal rasanya kitorang memang tak ada pun beli barang banyak. Kalau boleh lepasni bila Cik Abang dah habis belajar, kitorang dapatlah terus duduk kat rumah sendiri. =)

Dalam banyak-banyak barang yang ada dalam plastik sampah tu, saya rasa memang ada banyak benda yang tak perlu disimpan. Tapi nak dibuang sayang. Biasalah, abrang2 yang ada sentimental value. Mestilah kita nak simpan kan. Tapi memandangkan barang2 tu nak disimpan di rumah orang, rasa macam tak patut je nak menyemak barang banyak2. So kenalah jugak tutup mata dan campak je dalam tong sampah. Huhuhu, mode sedih! =(

Ok tutup hal pindah2. Sekarang pasal persiapan nak ke Perancis plak. Pasport Ammar dah siap. Now tengah nak menguruskan visa plak. Aduhai, payah betullah benda ni. Macam-macam benda kena disediakan. Tiket flight pun kitorang tak beli lagi ni. Agak-agak kalau flight penuh, adalah alasan nak pergi lepas raya. Kan3x??? =P

Eh kena stop dulu. Saya lapar! Eh taklah, Ammar yang lapar. Hehe. Daaa…

Kata Bardboo: Ada siapa2 nak tolong saya kemas barang tak?

Leave a Reply

CommentLuv badge