» » Perlu atau tidak? Need some help please.

Perlu atau tidak? Need some help please.

Assalamualaikum.
Selamat berhari minggu semua!! Buat apa je hujung-hujung minggu ni? Kitorang ni duk kat rumah je kot. Tak ada ke mana-mana.
Saya tengah pening sebenarnya sekarangni. Pening nak memikirkan samaada nak beli breastpump atau tidak. Setakatni yang saya tengok di blog-blog lain, yang pakai breastpump ni ibu-ibu yang bekerja. Saya ni duduk kat rumah je. So perlu atau tidak breastpump ni?

 

Kalau ikut kepada trend kakak-kakak saya yang dah ada anak tu, diorang punya susu memang tak mahu keluar. So baby diorang tak dapatlah nak menyusu badan. Saya takut saya pun jadi camtu gak. Tapi saya memang berazam dan nak sangat-sangat menyusukan baby nanti.

Buat setakatni, saya rasa ada dua sebab kenapa saya perlu beli breastpump ni:
1) Kalau susu saya tak mahu keluar, bolehlah guna breastpump tu untuk stimulate pengeluaran susu.
ATAU
2) Kalaulah ditakdirkan saya nanti ada banyak susu, masa menyusu baby, mungkin susu akan meleleh-leleh di sebelah lagi (dapat tahu hasil bacaan dari blog-blog lain), so breastpump boleh digunakan untuk mengumpul susu yang meleleh tu. Tak adalah membazir, kan?
So itulah dua reason untuk saya beli breastpump. Tapi kang kalau saya beli, ada plak yang mengata “Lah duduk rumah je pun, tak bekerja, perlu ke nak beli breastpump bagai?” Haish, pening-pening. Jadinya, nak beli ke tak ek ni?
Kalau nak beli pun, mungkin saya akan beli Spectra 3 je. Kualiti bagus, dan harga pun berpatutan. Kalau nak Medela tu, memang den tak mampulah! Huhu. Dan kalau saya beli breastpump ni, perlu ke nak beli sekali barang-barang untuk penyimpanan susu semua tu ek?

Leave a Reply

CommentLuv badge