» » » Persiapan ke Perancis

Persiapan ke Perancis

Assalamualaikum.

Sekejap je kita dah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Maknyanya, tak lama lagi jugaklah kami akan berangkat ke negara orang. Sempat raya kat sini atau tidak? Hurm, masih dalam perancangan. Harapnya dapatlah. Den tak mahu beraya kat tempat orang! Huhu.

Setakat ni persiapan kami nak ke Perancis berjalan lancarlah kot. Ammar dah ada passport. Dan minggu lepas kami ke Kedutaan Perancis untuk apply visa. Tapi disebabkan passport saya dan Cik Abang akan expired lagi setahun je, kitorang tak boleh nak proceed buat visa. So kenalah pergi ke imegresen semula untuk renew our passport. Lepastu barulah sambung balik apply visa, dan insyaAllah akan dapat 24 Ogos nanti.

Tiket flight belum beli lagi. Cik Abang kata tiket tu orang UTHM yang akan uruskan. Satu benda yang buat saya risau sekarangni adalah macam mana nak handle Ammar masa dalam flight nanti. First, takut dia meragam menangis-nangis. Second, risau sebab susu dia. Yelar, si Ammar ni kadang-kadang nak direct breastfeed, kadang-kadang nak yang dalam botol je. Kalau dia nak direct, senanglah sikit. Cuma saya perlu praktis la macam mana breastfeed dia kat tempat awam. Tapi kalau dia nak yang dalam botol je, bila masa plak saya nak mengepam? Dan boleh ke nak bawak stok EBM dalam flight ek? Hurm…

Bab barang-barang nak di bawak ke sana plak, memang belum packing lagi. Baju pun masih dalam proses sorting lagi. Tak tahu nak bawak baju yang macam mana. Baju panas pun belum beli lagi. Haiyaa, wa banyak pening wo pikirkan benda2 ni semua! Huhu. Lu olang ada idea tak? Hehehe.

Lagi satu yang merisaukan adalah dari segi bahasa. Alahai, kami ni manalah tahu cakap Perancis. Konon-kononnya nak la belajar sikit-sikit sebelum pergi ni, tapi hampeh belum dapat masa yang sesuai untuk belajar. Buku dan cd untuk belajar bahasa ni pun belum beli lagi. Ada jugak jadi macam ayam dan itik masa kat sana nanti ni! Hehe…

Dan perkara yang paling mustahak untuk orang berperut besar seperti saya ni untuk pikirkan adalah bab makanan. Mungkin kena bawak stok maggi banyak2 masa mula2 pergi ni. Wah, dah lamanya tak makan maggi!

Kata Bardboo: Nak raya, nak raya, nak raya kat Malaysia!

Leave a Reply

CommentLuv badge