» » Persiapan Perkahwinan A-Z (Part 1)

Persiapan Perkahwinan A-Z (Part 1)

~SILA TEKAN TAJUK ENTRY UNTUK KOMEN~

Alhamdulillah, selesai jugak majlis perkahwinan aku dan Cik Abang, serta Uda dan Kak Uda.. Aku bersyukur yang teramat kerana semuanya telah berjalan dengan lancar..Dan terima kasih aku ucapkan pada semua tetamu yang hadir yang telah memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini..Yang paling utama, aku nak ucapkan terima kasih pada ahli keluarga, jiran2, dan kawan2 yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis ini..

Ok!! Cukuplah tu…Formal sangat plak aku rasa..Huhu..So sekarangni aku nak berkongsi dengan korang2 semua yang rasa macam dah nak kahwin segala persiapan yang perlu dilakukan..Bukan senang nak kahwin ni tau..Banyak betul benda yang perlu dilakukan..Take note!!!

1) Sediakan duit banyak2:

Aku rasa ini step pertama yang bakal pengantin lelaki (BPL) dan bakal pengantin perempuan (BPP) kena pikirkan..Tapi tanggungjawab ni lebih kepada BPL la sebab diorang yang kena bayar duit hantaran semua..Tapi yang BPP pun boleh jugak membantu untuk meringankan beban BPL,kan?..

Berapa banya ya yang perlu ada? Okey kita kira yang paling simple je OK? Cuba bayangkan duit hantaran nanti famili BPP nak 10k, dan kenduri plak nak guna katering yang RM10/kepala untuk 1000 orang, so dah 10k..Tambah plak lagi dengan pelamin, mak andam, photographer, dan lain2, yang aku anggarkan sebanyak 5k, so total ini sahaja adalah 25K!!!…Ini belum masuk lagi yer kalau korang kahwin dengan orang yang jauh, sebab nak kena support duit minyak,tol, dan penginapan rombongan pengantin..Eh belum masuk jugak dengan harga goodies bag yang mahu diberikan pada tetamu..Hehe..

So secara kasarnya dah boleh nampaklah kan berapa duit yang perlu disediakan? Tapi ini bergantung jugaklah korang nak buat majlis yang sederhana atau besar-besaran..Kalau nak jimat, buat je dalam satu hari..Nikah pagi, kemudian teruskan dengan majlis persandingannya…

Dah terasa gerun ke bila baca anggaran perbelanjaannya. Nak buat pinjaman? Baik tak payah..Mari baca kat sini (Wedding Loan)…

2) Kursus Kahwin
Setiap pasangan yang nak berkahwin kenalah menghadiri kursus kahwin, ye tak? Susah ke kursus kahwin ni? Taklah, senang saja..Korang hanya perlu daftar dan datang pada hari yang dipilih..Kemudian bayar yurannya, dan ikuti kursusnya selama 2 hari (atau satu hari setengah). Jangan risau, sekarangni dah tak ada kena temuduga semua..Korang cuma perlu datang dan dengar ceramahnya..Dan selepas tu korang akan dapat sijil kursus kahwin korang..Sijil ni laku sampai bila2..So simpan elok2 ye..Manalah tahu akan diperlukan nanti.. =P

Kat sini aku sediakan link Jabatan2 Agama kat Malaysia ni..Klik kat negeri yang berkaitan dengan korang ye..

1) Selangor

2) Pulau Pinang

3) Perlis

4) Pahang

5) Kedah

6) Perak

7) Negeri Sembilan

8) Melaka

9) Johor

10) Sarawak

11) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Klik sini untuk baca lagi mengenai kursus kahwin (Kursus Kahwin Bersama JAIS)

3) Ujian HIV
Prosedur seterusnya selepas menghadiri kursus kahwin adalah menjalani ujian HIV..Tapi kalau tak silap aku kena buat ujian ni lebih kurang tiga bulan sebelum nikah (betulkan ye kalau salah)..Ujian ni hanya boleh diambil di klinik2 kerajaan..Sebaiknya korang telefon dulu klinik kesihatan yang terdekat dengan korang untuk pastikan hari dan masa yang ujian HIV boleh dijalankan..Sebab tak semua klinik menyediakan perkhidmatan ini sepanjang masa..

Korang cuma perlu isi borang, tunggu giliran, dan lepas tu jalani ujian tu..Senang je..Dia cuma cucuk jari korang dan keluarkan darah sikit pastu letak kat atas strip ujian..Terus dapat result..Lebih kurang macam cek tahap gula dalam darah..Kalau negatif, korang bolellah gembira…Kalau positif, hurm…….

4) Borang Nikah
Melengkapkan borang nikah ni bagi aku memang leceh..Nanti korang akan rasalah..Yang penting, BPL perlu menyiapkan borang nikah terlebih dahulu..Kemudian borang nikah tu perlu diberikan pada BPP..BPP bersama wali dan dua orang saksi perlu berjumpa dengan Penolong Pendaftar Nikah (PPN) dan bawa bersama segala dokumen2 yang diperlukan..PPN akan mengesahkan borang dan semua dokumen2 yang berkaitan..Dan semua benda ni kemudiannya perlu dihantar ke Jabatan Agama, dan disertakan dengan bayaran RM10..Dan korang akan dapat lagi satu borang yang perlu diisi dan kemudian diberikan pada PPN yang akan menikahkan korang.. (Ni prosedur bagi Selangor, untuk negeri lain aku tak tahu)..

Cukuplah dengan 4 step dulu unutk Part 1 ni…Akan menyusul dengan Part 2..InsyaAllah….

2 Responses

  1. bArdbOO
    | Reply

    @ztie
    byk kan nak kena buat bila nak kawen nie..huhu

  2. ztie
    | Reply

    1. duit memang mesti banyak… saya setuju!

    2. nasib dah kursus awal. belom terniat dulu. Just teringin nak join.. tak sangka sampai seru gak. hehehe

    3. nervous time buat ni sebab diorang kaunseling dulu.. tiba2 terpk kalau positif mcm mana? tapi diorang cakap gak.. kalau masih nak teruskan, diorang akan ajar cara2 utk hidup bersama

    4. alhamdulillah yang ni lepas dengan selamat 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge