» » Persiapan Raya Kami

Persiapan Raya Kami

Assalamualaikum.

Cepat je dah nak habis bulan Ramadhan. Terasa cepat betul bulan puasa berlalu tahun ni. Tahu-tahu je dah nak habis sebulan.

Kali ini Mama nak bercerita fasal persediaan raya kami pula. Tahun ini persiapan biasa-biasa je, tak ada yang meriah mana pun.

Bajet raya kebanyakannya untuk beli kelengkapan baru untuk anak-anak. Mama pula pakai baju yang dah beli tahun lepas, tapi tak pernah pakai lagi. Cik Abang pula tak nak beli baju raya tahun ni.

Untuk biskut raya pula, kami plan nak buat sendiri tahun ni. Tapi baru buat satu jenis je! Hihi. Agak-agak kalau tak sempat raya nanti, beli sajalah mana-mana biskut yang ada jual tu.

Itu sajalah persiapan raya kami. Biasa-biasa je. Awal-awal lagi memang kami dah plan berapa duit nak digunakan sebagai bajet raya. Dan memang kami ikut bajet tu betul-betul.

Alhamdulillah, walaupun simple tapi tetap bermakna. 🙂

4 Responses

  1. kuhasif
    | Reply

    Selamat hari raya…
    Sama la tahhun ni raya un simple2 jer ..

    Blogwalking sini..

  2. Dunia Zumal
    | Reply

    Sempat lagi tu kalau nak buat lagi beberapa jenis kuih raya ^-^
    Dunia Zumal recently posted..TUDUNG SI COMELMy Profile

  3. Mama Kembar 3
    | Reply

    bila dah ada anak ni, persiapan raya utk anak yang paling penting. utk diri sendiri, apa pun tak kisah. Janji anak anak happy 🙂
    Mama Kembar 3 recently posted..GIVEAWAY RAYA BY BellaMy Profile

  4. akubiomed
    | Reply

    Hari perayaan lebihkan untuk anak-anak. Pastikan mereka bergembira dengan memakai baju baru.
    akubiomed recently posted..Persiapan Raya sebagai rakyat marhaenMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge