» » Pertama Kali Buat Biskut Raya

Pertama Kali Buat Biskut Raya

Assalamualaikum.

Sejak dah lima tahun kahwin ni, tahun ini baru kali pertama Mama buat biskut raya sendiri. Dulu masa bujang, memanglah ada tolong-tolong Bonda buat biskut raya. Bila dah kahwin dan menetap di luar negara, memang Mama tak ada buat.

Tahun lepas pun tak ada buat sendiri walaupun dah balik Malaysia. Tiba-tiba tahun ini Cik Abang suruh buat biskut sendiri pula. Haa, masa tu barulah Mama sibuk mencari resepi-resepi biskut yang nak dibuat.

biskut choc chips

Mula-mula kami buat biskut choc chips. Itupun dah nak akhir-khir puasa baru buat. Lepastu Bonda suruh balik rumahnya awal pula untuk tolong buat biskut raya. Jadi kami sambung buat biskut di rumah Bonda. Dapatlah tambah lagi dua jenis biskut, iaitu biskut semperit dan biskut sarang semut.

Kira OK la tu kan walaupun cuma tiga jenis biskut je? Hihi. Kiranya inilah pengalaman pertama Mama buat biskut sendiri untuk juadah raya. Alhamdulillah, ada juga la untuk tetamu menjamu selera.

Tahun depan kena buat dari awal puasa lagi. Barulah boleh buat banyak sikit. Anda pula macam mana, ada buat biskut raya tak?

6 Responses

  1. Alin Marlini
    | Reply

    oklah tu…tahun ni 5 jenis buat sendiri…terover rjn plak…hehehehe
    Alin Marlini recently posted..KUNJUNGAN SAUDARA MARA BERAYAMy Profile

  2. Nora Karim
    | Reply

    Saya pun tahun ni baru start buat biskut raya sendiri… dpt 3 jenis juga… boleh la… hehehe
    Nora Karim recently posted..Wordless Wednesday #57My Profile

  3. Bisnes Online
    | Reply

    tahun ni ada juga buat kuih raya sendiri, tp 2-3 jenis jer
    Bisnes Online recently posted..2 Jenis Bisnes Online Tanpa Modal Popular MalaysiaMy Profile

  4. Noriza Rahman
    | Reply

    Tahun ni ada buat 5 jenis biskut raya…2 tahun lepas memang tak buat langsung…hihi
    Noriza Rahman recently posted..Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan MudahMy Profile

  5. Zie Madini
    | Reply

    wahhh…tahniah. sy sampai skrg x pnah buat biskut sendiri. hehe
    Zie Madini recently posted..Jalan-Jalan Bersama Ipar Duai di Summer MallMy Profile

  6. akubiomed
    | Reply

    Tahun ini tak sempat nak buat kuih raya macam tahun lepas sebab ada anak kecil. 🙂
    akubiomed recently posted..Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya AidilfitriMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge