» » Elak Rambut Selalu Gugur

Elak Rambut Selalu Gugur

Assalamualaikum.

Makin lama makin banyak pula Mama bercerita mengenai rambut di dalam blog Mahligai Cinta ini. Almaklumlah, bagi wanita, rambut ini umpama mahkota mereka. Jadi, ianya memang amat membimbangkan jika seseorang itu mengalami sebarang masalah rambut. Sebelum ini Mama pernah bercerita mengenai masalah rambut gugur selepas bersalin dan Mama cadangkan suplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Dan Mama juga pernah kongsikan petua lama yang boleh diamalkan untuk melambatkan rambut beruban.

Dan untuk hari ini, Mama ingin kongsikan pula petua yang boleh digunakan untuk mengelakkan rambut gugur, khusus bagi mereka yang tidak mahu mengambil suplemen. Caranya amat mudah, iaitu dengan mengambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Ketiga-tiga jenis lendir ini dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian, campurkan sedikit minyak zaitun. Sapu campuran tadi di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan petua ini seminggu sekali.

One Response

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    sy mmg m’alami masalah rmabut gugur dr dulu lg.. dahlah rambut halus, bila gugur, bertambah nipislah rmbut… rajin pakai syampu yg elak rambut gugur jek :p
    Ummi Hanie recently posted..Adik ipar Dr. Syeikh Muszaphar juga seorang doktorMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge