» » Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Tanpa Bahan Berbahaya

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah Tanpa Bahan Berbahaya

Assalamualaikum.

Masalah jerawat ini dah umpama masalah sejagat. Boleh dikatakan setiap orang pernah merasa ditumbuhi jerawat. Yang lebih mengerikan kalau jerawat tersebut meninggalkan parut.

Bagaimana nak hilangkan kesan parut jerawat ini? Ada ke petuanya? Mestilah ada. Haa cuba tengok petua-petua di bawah ini.

petua hilangkan parut jerawat

Petua Hilangkan Parut Jerawat

 

1. Gunakan serbuk kayu manis dan bedak sejuk

Caranya, campurkan serbuk kayu manis dan bedak sejuk dengan sedikit air. Lumurkan pada parut di muka. Lakukan dengan kerap. InsyaAllah parut akan pudar dan hilang.

2. Guna daun lidah buaya

Belah laun lidah buaya supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir tersebut pada parut. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

3. Guna asam jawa

Ramas sedikit asam jawa bersama air. Pastikan campuran tersebut agak pekat. Sapukan pada muka, seelok-eloknya sebelum tidur. Lakukan dengan kerap.

4. Guna madu

Campur sesudu madu dengan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut pada muka. Buat dua kali sehari.

5. Guna timun

Kisar timun dan tapis airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan selama setengah jam dan kemudian basuh dengan air suam.

 

Cukuplah lima petua ini, kan? Haa bolehlah tengok bahan-bahan mana yang ada di rumah. Dan dah bolehlah mula amalkan petua tersebut. Semoga berjaya! =)

 

5 Responses

  1. sns
    | Reply

    asam jawa tu, biarkan semalaman ke just biar 15minit macam tu je?

  2. ummi jual vitamin
    | Reply

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.
    ummi jual vitamin recently posted..Hilangkan Mabuk Teruk Semasa Hamil Anak Pertama Dengan Peppermint GingerMy Profile

  3. Nora Karim
    | Reply

    Saya campur madu dengan serbuk kayu manis… pastu lumur kat muka… mmg syok… pedih2 sikit… tapi bila dah bilas, mmg lembut je rasa muka…
    Nora Karim recently posted..Jepun : Kaiyukan Aquarium, OsakaMy Profile

  4. Mek ila Jual Vitamin
    | Reply

    Bagus petua ni. Bolehlah cuba nanti kalau jerawat tiba tiba keluar.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted..Hikmah Buat Aqiqah Bayi : Sunat Yang Sangat DituntutMy Profile

  5. titan
    | Reply

    yang guna madu tu lom coba. leh la coba lepas ini.
    titan recently posted..Duit RAYA dari JDRMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge