» » Petua Kecutkan Jerawat

Petua Kecutkan Jerawat

Assalamualaikum.

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sering dihadapi dan boleh mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang. Tak kiralah sama ada yang mengalami masalah jerawat ini lelaki atau perempuan. Mesti akan ada rasa rendah diri kan? Kalau nak diikutkan, memang banyak produk-produk yang dikatakan dapat merawat dan menghilangkan parut jerawat ini. Terpulang pada individu tu sendirilah nak pilih yang mana. Tapi kalau rasa nak mencuba petua lama, Mama kongsikan di bawah ini ye. Silakan baca… ^_^

Mula-mula, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 45 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu. Jerawat pada wajah anda akan mengecut dan wajah anda tampak jelita.

Mama tak pernah cuba lagi petua ni, sebab Mama tak ada masalah jerawat yang teruk. Cuma kadang-kadang bila datang bulan, akan muncullah dua tiga ketul jerawat di muka. Lagipun kalau sapu kunyit kat muka, tak ke kuning je jadi kulit muka nanti? Hehe. Ada ke yang berani nak cuba? Kalau dah cuba, kongsikanlah kesannya di sini nanti ye. =)

P/S: Boleh juga cuba petua untuk hilangkan senggugut dan tips menggunakan yogurt mask untuk melicinkan kulit muka.

6 Responses

  1. Khairul Zamri
    | Reply

    ini adalah tips yg bagus, sy selalu alami msalah jerawat selepas stress huhu
    Khairul Zamri recently posted..6 Cara Hack Password Facebook & TwitterMy Profile

  2. MindaKini
    | Reply

    petua yang bagus boleh di cuba di rumah,
    MindaKini recently posted..Budak Buta Berusia 8 Tahun Hafaz Al-QuranMy Profile

  3. Bean Moreno
    | Reply

    pedih tak kalau sapu?
    Bean Moreno recently posted..Merakalah Pencetus Kemeriahan Stadium LarkinMy Profile

  4. Oneblogsocial.com
    | Reply

    Nice,banyak pula manfaat kunyit ini.
    Oneblogsocial.com recently posted..Professional Web (.pw) DomainMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge