» » Petua Lama Untuk Melebatkan Rambut

Petua Lama Untuk Melebatkan Rambut

petua melebatkan rambut

Assalamualaikum.

Bila lepas mandi je, penuh lantai bilik air dengan rambut yang gugur. Sampaikan rasa macam tak nak mandi dan tak nak basuh rambut je! Anda ada tak masalah macam ni? Puan yang dalam video di bawah ni ada masalah yang sama juga tau. Tapi ada sesuatu yang dia buat sehinggakan masalah rambut gugur tu dah pergi jauh-jauh dah. Beruntungnya dia!

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini…

Rambut Adalah Mahkota Wanita

Rambut adalah mahkota wanita, betul kan? Setiap wanita menginginkan rambut yang cantik menawan dan selalunya mereka tidak teragak-agak untuk berbelanja bagi menjaga kecantikan rambut. Selain daripada menggunakan pelbagai jenis produk yang berada dalam pasaran dan melakukan rawatan rambut di salun, kita juga boleh mendapatkan rambut yang cantik dengan menggunakan petua orang-orang dulu. Petua lama ini kebanyakkannya berkesan jika diamalkan dengan betul dan secara konsisten.

Terdapat pelbagai petua melebatkan rambut yang boleh kita gunakana. Di sini Mama kongsikan beberapa petua tersebut, dan anda bolehlah memlilih petua mana yang paling sesuai untuk anda amalkan. Yang pasti, petua-petua untuk melebatkan rambut ini memang sangat mudah untuk dilakukan. Jom kita tengok petua orang-orang lama ini!

    • Anda cuma perlu ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan rendamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian, embunkan waktu malam. Pagi esoknya perah limau nipis tersebut bersama bahan yang telah diembunkan. Seterusnya basuh rambut anda dengan air campuran tersebut dan biarkan selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.

 

    • Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan perahan tadi sehingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Kemudian, cuci sehingga bersih.

 

    • Campurkan minyak bijan bersama dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Campuran ini akan mengharumkan minyak tersebut. Lumurkan minyak tersebut ke rambut dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas menggunakan air. Untuk mengelakkan rambut dari berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
    • rambut gugur

 

    • Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

 

    • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

 

    • Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.

 

    • Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.

 

    • Ambil sebiji nenas dan kisar sehingga menjadi jus. Kemudian, biarkan semalaman dan barulah dilumur ke rambut dan dibiarkan selama setengah jam. Amalkan petua ini tiga kali seminggu.

 

    • Rendam tiga sudu serbuk teh bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk, embunkan campuran tadi semalaman. Kemudian sapukan pada kuit kepala dan dibiarkan selama satu jam sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

 

Macam mana, dah buat pilihan nak cuba petua yang mana? Pilihlah mana yang paling senang, dan cuba amalkan.

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin:

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, selalunya memang akan mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Mama Mama dulu, selepas tiga bulan melahirkan Ammar (anak pertama), rambut Mama memang tinggal sikit je sebab kebanyakkannya gugur tiap-tiap hari. Masa tu memang risaulah tengok rambut sendiri. Tapi bila dah mengandungkan Aneesa (masa tu Ammar dah setahun), rambut Mama jadi lebat semula. Mungkin hormon masa mengandung ini membantu agaknya.

Dan setelah Aneesa lahir, Alhamdulillah Mama tak ada masalah rambur gugur lagi. Mungkin sebab suplemen Shaklee yang Mama amalkan kot, sebab selepas melahirkan Aneesa baru Mama mula makan suplemen Shaklee. Alhamduillah, memang nampak sangat perbezaannya jika nak dibandingkan keadaan Mama selepas melahirkan Ammar dan juga selepas melahirkan Aneesa.

Bagi yang rasa malas nak mencuba petua-petua di atas ini, bolehlah hubungi nombor di bawah ini untuk mengetahui produk Shaklee yang sesuai digunakan untuk kecantikan rambut, ok? =)

Untuk tempahan, sila hubungi nombor ini:

Aisyah 017-2262095

16 Responses

  1. Duniakusihat
    | Reply

    Terima kasih atas petua

  2. Dinie
    | Reply

    Rambut nipis tapi panjang selalu gugur nk ?

  3. nizam
    | Reply

    sye pon ade mslh rambut jarang dan nipis. start dari zamn sklh. rambut depan skrg dah mcm pulau aduhh segannya.. tlg bantu saya yg ikhlas hatitlg wassap saya 0172462497

    • ROHAIDAH BINTI ISMAWI
      | Reply

      Guna syampu rambutgugur.com
      Layari facebook mereka.inshaAllah rambut memang tumbuh.

  4. Rohani
    | Reply

    Rambut sy gugur lpas 3 bln melahirkn anak.risau la sy..

  5. Stone86
    | Reply

    Susah tdo,bnyak pikir,last rambut gugur

  6. Fierasz Berasz
    | Reply

    maaf bertanya …embunkan tea semalaman tu maksudnya mcm mana ye ?boleh terangkan …

    • Apple
      | Reply

      Maksudnya…embunkan diluar rumah.cth:letak atas bumbung semalaman.

  7. rahilawati ripin
    | Reply

    Tq

  8. Sarah
    | Reply

    “Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.”

    Ini tak berkesan, malah memudaratkan. Apa yang dia buat cuma mengembangkan bahagian rambut yang terkena air tu dan mengakibatkan rambut mengering tak sekata. Ini akan menyebabkan struktrur rambut membengkok (mengerinting) dan merekah (split) di tengah dan dihujung.

    Saya dulu buat macam ni selama 3-4 tahun, tapi petua yang saya ikut masa tu cakap ini buat rambut berkilat, bukan lebat. Memang berkilat, tapi sejak saya guna petua ni, rambut yang dulu lurus jadi kerinting macam negro.

  9. amirul
    | Reply

    Oh macam tu petua lebatkan rambut..

    Thanks sharing 🙂
    amirul recently posted..Melegakan Sakit Sendi Seawal 7 hariMy Profile

  10. titan
    | Reply

    dari kecil memang dah lebat.

    so, memang bersyukur sangat takde masalah nih.
    titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 207My Profile

  11. hidayah
    | Reply

    Hai..sy nk tny produk shaklee apa yg dpt bntu lebatkn rambut? Sy alami mslh rmbut nipis shingga nmpk kulit kpla sejak berumur 18..dan skrg sudh 26 tahun..mntk nsihat ya..

  12. Khairul Zamri
    | Reply

    Baru tahu cara nie thanks yea
    Khairul Zamri recently posted..Dream Honeymoon Destination Bali Honeymoon PackageMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge