» » Petua Untuk Mengubati Asma atau Lelah

Petua Untuk Mengubati Asma atau Lelah

petua untuk sakit asma (1)

Assalamualaikum.

Siapa yang tak risau bila diri sendiri menghidap sakit asma, kan? Bukan sahaja tak boleh nak bergiat aktif, terpaksa pula bergantung pada inhaler jika serangan asma tiba-tiba datang. Macam mana kalau inhaler tu tak ada masa serangan datang? Bagi ahli keluarga terdekat pula, mesti rasa bimbang dan cuak bila melihat orang tersayang susah nak bernafas. Samalah juga dengan situasi mereka di bawah ini, tetapi sekarang Alhamdulillah masalah tu dah tak ada lagi. Apa yang mereka buat sehinggakan lelaki ini tak perlu bergantung pada inhaler lagi?

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi

======================================================

Ok, berbalik kepada tajuk asal entri ini ye. Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengubati lemah atau asma ialah:

Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

Pilihan 3: Tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk mengubati penyakit asma.

Pilihan 4: Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

petua mengubati asma

Pilihan 5: Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

Pilihan 6: Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu.

Pilihan 7: Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

Pilihan 8: Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Pilihan 9: Ambil 2 atau 3 helai daun ‘Hati-hati atau ‘Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.

Rawatan Kecemasan Untuk Serangan Asma – Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

Banyak juga pilihan yang boleh digunakan untuk mengubati lelah atau asma ini. Terpulang pada diri masing-masing untuk mencuba petua yang mana. Semoga penyakit lelah yang dihidapi dapat disembuhkan. InsyaAllah.

Untuk tempahan, sila hubungi nombor ini:

Aisyah 017-2262095

 

12 Responses

  1. An
    | Reply

    Kopi tu minum ke buat cmna

  2. FAERAHVAERIL
    | Reply

    T KSH DG PETUA2 DI ATAS ,IANYA SNGAT BRGUNA

  3. Petua yang menarik untuk merawat penyakit lelah. Sekadar nak berkongsi, kopi juga didapati dapat melegakan sesak nafas lelah kerana kandungan kafein di dalam kopi mempunyai fungsi yang sama dengan ubat lelah yang bernama theophylline. Ini telah disahkan oleh satu kajian terperinci yang dilakukan di University of Manitoba di Winnipeg.
    Muhammad Akbar bin Abdullah recently posted..7 Tips Rawatan SenggugutMy Profile

  4. Arina
    | Reply

    Tima kasih petua yg amatbrguna ini

  5. Junaida Watie
    | Reply

    terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini…

  6. Beauty Fatimah
    | Reply

    perkongsian yg sgt bermanfaat
    Beauty Fatimah recently posted..Gejala Kekurangan Omega 3My Profile

  7. shuraya
    | Reply

    Trm ksh bnyak petua..anak sy bru 1 thn blh gn kan petua yg ada..

  8. sariman esman
    | Reply

    Cuba dulu baru kita tahu keberkesananya

  9. amirnawawi
    | Reply

    Terinma kasih atas tips ini. Boleh guna gak bila ada sesiapa tgh asma ker.
    amirnawawi recently posted..Beraya Bersama Kawan-kawan MRSM JeliMy Profile

  10. anuar
    | Reply

    Terima kasih di atas petua yang diberikan. . Boleh gunakan petua ini untuk mengubati 2 orang anak saya yang mempunyai penyakit asma. .
    anuar recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka JualannyaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge