» » Petua Pulihkan Tumit Kaki Pecah dan Merekah

Petua Pulihkan Tumit Kaki Pecah dan Merekah

Assalamualaikum.

Siapa yang ada masalah tumit kaki pecah dan merekah? Mama ada masalah ini. Masalah ini jadi lagi teruk bila Mama tak pakai selipar dalam rumah. Masa musim sejuk dulu, memang tak ada tumit pecah sebab hampir setiap masa pakai stokin. Tapi sekarang bila dah musim panas, muncul baliklah masalah tumit kaki pecah dan merekah ini. Sakit!

tumit kaki pecah

Jom kita tengok petua apa yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah sejagat ini. Hehe..

  • Rendamkan kaki dalam air suam selama 10 – 15 minit. Selepas itu, gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan. Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci. (batu asah pisau dan getah betik muda tak ada kat sini, jadi tak boleh nak cuba petua ni)
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya. (yang ini boleh buat)
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya. (pelik pula orang Perancis tengok nanti, hehe)
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh. (err tak pedih ke?)

Ok antara banyak-banyak petua ni, Mama akan cuba yang nombor dua tu. Anda pula nak cuba yang mana?

 

Pendedahan Ekslusif Bagaimana Dia Berjaya Hilangkan Parut Jerawat

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat

Untuk membuat tempahan produk yang dinyatakan dalam video di atas, boleh hubungi Mama di:

013-3876903 (SMS/WHATSAPP)

7 Responses

  1. nad
    | Reply

    terima kasih kerana berkongsi petua..
    nad recently posted..KRIM AJAIB UNTUK TUMIT KAKI MEREKAH DAN PECAHMy Profile

  2. Alynn
    | Reply

    Alynn pun ada masalah tumit kaki pecah ni
    Alynn recently posted..ESP bantu pesakit DiabetesMy Profile

  3. […] mengurangkan masalah tumit kaki pecah […]

  4. ema
    | Reply

    saya pun tumit pecah ni..nak cuba nombor dualah..lagi senang…
    ema recently posted..Selera Makan Nasi GaulMy Profile

  5. Juan
    | Reply

    kalau kaki merekah macam tu mesti sakit kan
    Juan recently posted..Komisyen Jobdirumah Kedua vs Komisyen Saham PertamaMy Profile

  6. Anuar
    | Reply

    Terima kasih di atas petua yang diberikan… Saya memang ada masalah ini…
    Anuar recently posted..Merempit Di Mydin Mall Pula….My Profile

  7. Denaihati
    | Reply

    yang pertama mudah nampaknya, pakai vaseline pun mudah juga…
    Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge