» » Petua Untuk Tegangkan Kulit Muka

Petua Untuk Tegangkan Kulit Muka

Assalamualaikum.

Kalau semalam saya kongsikan petua untuk melambatkan rabun beruban, untuk hari ini saya nak kongsikan pula petua tegangkan kulit muka. Seperti biasa, petua-petua yang dikongsikan di blog ini diambil dari Facebook. Saja saya letakkan di blog ni untuk panduan sendiri dan untuk semua pembaca Mahligai Cinta. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.

Ok, di bawah ini ada dua petua yang boleh dicuba untuk tegangkan kulit muka. Mudah je pun nak buat ni, kan?

  • Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge