» » Petua Untuk Kaki Bengkak Semasa Hamil

Petua Untuk Kaki Bengkak Semasa Hamil

Assalamualaikum.
Alhamdulillah setakat ni kaki saya belum bengkak lagi. Tapi tak tahulah kalau nanti ada plak, sebab rasanya masalah ni memang biasa jadi kat orang-orang mengandung, kan? Especially yang dah banyak bulan.
So kat sini saya nak kongsi satu petua yang saya daapt dari buku. Korang yang ada bengkak kaki tu, cubalah amalkan k. Kalau berkesan, jangan lupa bagitahu kat sini ye. Hehe.

Inilah petuanya:

1. Campurkan sedikit jadam dengan air. Kemudian dimasak atau direbus sehingga jadam itu hancur dan pekat.
2. Sapukan pada kaki dan betis ketika jadam masih suam, sambil berselawat tiga kali. Sebaik-baiknya disapukan ketika hendak tidur.

Lagi satu petua dari kakak ipar saya, kalau duduk atas kerusi, jangan juntaikan kaki ke bawah. Seelok-eloknya bersila.

Sumber: Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi, Abu Afiqah.

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge