» » » Pilihan Raya Umum 13 (PRU13)

Pilihan Raya Umum 13 (PRU13)

Assalamualaikum.

Makin lama makin terasa kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13. Walaupun kami jauh di perantauan, tetapi kehangatannya tetap juga dirasai. Mana taknya, bila buka Facebook, penuh cerita politik aja! Tak kisahlah samaada cerita dari pihak A ataupun pihak B, dua-dua sama naik di timeline. Sampaikan pening mahu difikir dan ditafsir, mana yang betul, mana yang salah. Sebab bagi saya, selagi kita tak berada sendiri dalam situasi tu, kita tak tahu pun apa yang terjadi. Ini merujuk kepada dua-dua pihak ya, saya tak berat sebelah.

Semalam bila saya tengok masing-masing update status di Facebook kata nak balik kampung mengundi, dan suasananya dah rasa macam nak balik kampung beraya, saya pun rasa nak balik juga. Tapi apakan daya, jauh beribu batu. Huhu. Lagipun pasport Irdhina Aneesa belum siap. Jadi, kami memerhatikan dari jauh je la ya. Kami pun menantikan keputusan pilihanraya dengan penuh debaran.

Semoga kawan-kawan semua membuat pilihan yang bijak. Masing-masing mesti dah ada parti pilihan sendiri, kan? Jangan saja-saja nak buat undi rosak, nanti dah rugi satu undi. Apa-apa pun, saya sayang Malaysia!

Walau parti apa pun yang aku sokong
Walau parti mana pun yang kamu pangkah

Aku dan kamu tetap satu keluarga
Aku dan kamu tetap bersaudara
Aku dan kamu tetap satu ummah

Jangan bersengketa
Jangan betelingkah
Jangan bertelagah

Tapi mari kita berlapang dada
Mari kita bermunajat pada-Nya

7 Responses

  1. leny
    | Reply

    Selamat mengundi semoga bisa bijak dalammemilih partai..

  2. hafiz
    | Reply

    undi pos tak…
    hafiz recently posted..Pencapaian trafik blog bulan AprilMy Profile

  3. Hairul Azni
    | Reply

    Balik Malaysia nanti,jangan lepaskan peluang mengundi ye?
    Hairul Azni recently posted..Kenapa Kita Perlu Ping Entri Blog?My Profile

  4. Shahrul
    | Reply

    teruja tunggu result 😀
    Shahrul recently posted..Keputusan #PRU13 Secara LangsungMy Profile

  5. Mama Murai
    | Reply

    bard tak mengundi pos ke? Takpe bard, balik Malaysia nanti, jangan lupa mengundi ye 🙂
    Mama Murai recently posted..Plugin CommentLuv Premium untuk pengomen tegar blog Mama MuraiMy Profile

  6. fendy
    | Reply

    selamat mengundi…

  7. akubiomed
    | Reply

    Tidak mohon undi pos di kedutaan?
    akubiomed recently posted..Sudah terlambat untuk mengundi PRU13My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge