» » Planner 2017 Dah Sampai

Planner 2017 Dah Sampai

planner 2017

Assalamualaikum.

Dah lama blog ni bersawang. Hampir setahun gak. Sebenarnya dalam awal tahun 2016 hari tu, saya mengandung.

Dan dari awal mengandung, kesihatan tak berapa elok sampailah bersalin. Nak menghadap blog memang tak ada mood langsung. Tu yang dah lama menyepi. Huhu.

Alhamdulillah, sekarang dah habis pantang pun. Nanti saya ceritakan pengalaman bersalinkan anak ketiga ni ye.

Ok la, nampak tak planner cun kat atas tu? Haa planner tu dari Planner Hut tau. Dari awal-awal masa diorang buka pre-order untuk planner ni, saya dah geram dah tengoknya. Cantik sangat.

Tapi tahan diri dari beli sebab takut tak guna. Tapi bila dah nak dekat tahun 2017 ni, eh tetiba rasa macam perlu pula beli planner. Kira macam hadiah untuk diri sendiri la pas beranak ni haa. Hihi.

planner by planner hut (1)

Inilah baby baru kami, namanya Irdhina ‘Aqeelah. =)

Harapnya planner ni dapat bantu saya rancang kehidupan keluarga dengan baik. Almaklumlah, saya masih lagi nak sesuaikan diri dengan status mak anak tiga. Hihi.

Lagipun saya plan nak aktif semula berblog untuk tahun 2017 ni nanti. Semoga semangat nak menulis tu sentiasa ada. Aminn.

planner 2017 by planner hut (1)

2 Responses

  1. imnajmi
    | Reply

    Selamat tahun baru puan. Semoga apa yang diazamkan tahun ini dalam planner tu dapat dicapai dengan kehendak Allah..
    imnajmi recently posted..Rahsia di sebalik rahsia De JavuMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge