» » Plugin Ajax Comment Untuk WordPress

Plugin Ajax Comment Untuk WordPress

Assalamualaikum.

Selamat memulakan minggu baru buat semua. Kali ini, saya nak sentuh sikit tentang plugin wordpress yang bagus untuk sistem komen. Yelar bagi kita para blogger ni, memberi dan membalas komen memang penting, kan?

Seperti yang saya cakap dalam entri theme wordpress mesra SEO, theme TechMaish ini memang cun. Tapi masalahnya adalah di bahagian komen. Sebabnya bila hantar komen, page akan di’loading’ semula secara keseluruhan. Tak ke menyakitkan hati tu? Huhu.

Jadi untuk selesaikan perkara ini, saya guna khidmat plugin je. Boleh je nak edit2 kod sendiri, macam yang dilakukan oleh Kak Kujie atas pertolongan Bro Azman Ishak. Tapi saya tak berani buat macam tu. Kang terus terkubur plak blog ni. Haha.

Jadi, mari kita tengok plugin apa yang boleh digunakan untuk atasi masalah komen ni:

1) Ajax Commnts Reply

Plugin ni dicadangkan oleh Kak Kujie. Memang best plugin ni. Tekan je ‘send’, komen korang akan dihantar dalam masa 0.01s kot. Memang terbaik! Tapi yang tak bestnya, kotak komennya tak lawa sungguh. Kalau korang pandai nak edit dia punya CSS kasi lawa, bolehlah guna plugin ni. Dan jangan lupa bagi kat saya kod tu sekali ye. Hehe. =P

2) PTM Ajax Comments

Dari segi kecepatan, plugin ni kalah dengan plugin di atas. Sebabnya kita tetap kena tunggu komen tu di’submit’, cuma keseluruhan blog je yang tak di’loading’ semula. Tapi, kotak komennya lawa. Disebabkan itu, saya menggunakan plugin ni buat masa sekarang.

Korang nak guna yang mana? Jom pilih!

30 Responses

  1. Aldy Shah
    | Reply

    Saya pun tengah mencari pluging untuk komen kat blog saya, Tq for info.. ๐Ÿ™‚

  2. kimmie
    | Reply

    dah elok sangat kotak komen ni.
    kimmie recently posted..Santai: Pantun Masa CutiMy Profile

  3. Azman Ishak
    | Reply

    Salam.. nak test jugak. hehehe…
    owh.. terima kasih atas backlink d=
    Azman Ishak recently posted..Cerita dah nak basi.. hari ni baru nak story – Cerita pergi Bukit GambangMy Profile

  4. puanbee
    | Reply

    testing lah jugak .. hehehe
    puanbee recently posted..Kek Coklat Kukus Lagi !My Profile

  5. shraqs
    | Reply

    Dah ok sangat dah ni ๐Ÿ™‚
    shraqs recently posted..Software Percuma โ€“ Free Studio 5 (43 In 1)My Profile

  6. anif
    | Reply

    Untuk yang menggunakan WP boleh cuba ni.. Oleh kerana Saya tidak menggunakan WP, tumpang baca ajelah.. ๐Ÿ˜€
    anif recently posted..Kegagalan Sistem BaratMy Profile

  7. eiela
    | Reply

    ok je komen nih, cantik.
    eiela recently posted..Doorgift Perkahwinan Yang BerbaloiMy Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Tidak pernah mengunakan plugin Ajax Comment sebelum ini. Kalau membuat loading komen cepat adalah satu perkembangan positif.
    akubiomed recently posted..Baru sekarang AkuBiomed ada akaun FacebookMy Profile

  9. segalabenda
    | Reply

    aku kene test ni. yang nombor 2 tu sebab aku suke yang lawa-lawa..hehehe
    segalabenda recently posted..Perbezaan cikgu dahulu dengan cikgu sekarangMy Profile

  10. muazfaris
    | Reply

    erk,, guna yang biasa pun ok kan je kan.. hehe.. tp nnti test gak kot.
    muazfaris recently posted..Apakah Kelebihan Ultrabook Toshiba Portรฉgรฉ Z830 ultraseksi?My Profile

  11. zie fauzi
    | Reply

    testing..testing… 1 2 3.. nak test ok tak.. kalau ok, nak cuba jgk… hehehe..
    zie fauzi recently posted..Berhujung Minggu di Rope Walk Lorong Kulit, Pulau PinangMy Profile

  12. suri
    | Reply

    sy yang tak der hua…bak sini tisu muka hee..

    dh try tak mau..dha buang luv pasang baru tak mau eii…

  13. Juan
    | Reply

    bagus juga nih
    Juan recently posted..Komisen Affiliate Pertama dari BicaraHartanah.comMy Profile

  14. Hazmin Hamudin
    | Reply

    nak test sendiri keberkesanan plugin tersebut… hehe… baru boleh try test…
    Hazmin Hamudin recently posted..Ibu Tergamak Jual Dara AnakMy Profile

  15. kujie
    | Reply

    nak menerai test komen ni walaupun dah bersiap2 nak keluar rumah
    kujie recently posted..Resepi Dan Cara Memasak PavlovaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge