» » Pregnancy Updates 01

Pregnancy Updates 01

Salam.
Sejak saya dah dah bagitahu saya pregnant, tak pernah lagi terasa nak tulis apa-apa update mengenainya. Ni baru tergerak hati. Aduyai, dah nak masuk minggu ke-8 dah kot, hehe.

Perasaan saya konfemlah happy gila-gila, tak sabar nak tunggu perut besar, nak tunggu baby tendang-tendang bola dalam perut, dan tak sabar nak tunggu baby keluar. Tapi bila ingat je pasal bersalin, terus cuak! Takut! Seram! Mak aih, sure sakit gila kan? Huhu, sabar-sabar. Kesakitan tu akan datang jugak nanti.

Bila dah mengandung ni, sibuklah nak mencari pelbagai ilmu tentang pregancy. Dan kelmarin, Cik Abang dah belikan saya tiga buku tentang prenancy. Sekarangni dalam proses membaca dan menghadam sambil lepastu terlelap dengan buku-buku tu sekali! Haha.

Sekarangni dah tengok jugak baju-baju mengandung, dan keperluan-keperluan bayi. Tapi belum beli lagi. Masih terlalu awal. Tapi kalau ikut hati memang nak grab je semuanya pergi ke kaunter! Hehe.

Alhamdulillah setakat ini saya tak ada muntah-muntah. Cuma kadang-kadang je pening kepala, dan cepat letih. Tidur plak dah jadi tak betul. Malam susah tidur, sebab tapak kaki selalu rasa panas-panas, macam orang demam. Tapi bila siang, tengah tengok TV pun boleh tertidur! Hehe. Tapi satu problem yang agak berat, saya kerap sangat bunag air kecil. Aduh, rasa macam nak pakai pampers je tau, senang sikit!

Tapi overall, proses kehamilan ni sesuatu yang menyeronokkan. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge