» » Pregnancy Updates 02

Pregnancy Updates 02

Salam.
Semalam saya dah pergi ke klinik kesihatan Parit Raja. Gila malas nak pergi klinik, sebab saya memang tak suka jumpa doktor! Tapi nasib baik semalam cuma daftar je, dan lagi dua minggu baru jumpa doktor. Alahai, terpaksa lagi duduk di klinik berjam-jam.

Amacam mengandung? Huh, seksanya nak tidur! Sebenarnya memang tak dapat nak tidur malam pun. Bila malam je, badan akan panas macam orang demam. Masa awal-awal dulu cuma kaki je yang panas, but now satu badan! Memang tak selesa, dan asyik haus je Dehydrated sangat. Lepastu asyik nak ke toilet.

Akhirnya semalam kami ambil kepetusan untuk tidur di ruang tamu je di bawah. Dekat sikit nak pergi toilet. Dan Alhamdulillah semalam dapat tidur lena. Nikmatnya! Dah lama tak menikmati tidur malam yang macam tu, huhu. Lepasni kalau beli rumah saya nak cari rumah satu tingkat jela. Tak sanggup dah nak naik-naik tangga lagi. Haha, macam orang tua je kan? (tulah siapa suruh tak mahu minum susu?)

Ok2, saya adalah try minum susu jugak lagi sekali hari tu. Dapatlah minum dalam setengah cawan agaknya, kira ok lah tu kan? Hehe.

Now dah start mengidam nak makan jeruk! Tak sabar nak balik Klang, sebab dah order jeruk mangga buatan tangan Bonda. Yummy, tak sabar betul nak sumbat dalam mulut ni. Hurm…

Leave a Reply

CommentLuv badge