» » Pregnancy Updates 04

Pregnancy Updates 04

Dah empat bulan mengandung, baru nak buat “Pregnancy Updates 04”?..Sebulan sekali je updatenya? Hurm, nampak sangat ibu mengandung ni pemalas. Hehe.

Ok sekarangni saya dah tak ada muntah-muntah. Alhamdulillah. Nak tidur malam pun dah tak ada masalah. Sekejap je dah terlena, dan tak ada bangun malam-malam sebab nak terkencing. Orang kata trimester kedua ni kira macam honeymoon period, kan? Tak ada banyak ragam. So saya nak nikmati trimester ni dengan sebaik-baiknya.

Tapi cuma ada satu problem je sekarangni. Bila bangun pagi je, mesti tapak kaki sakit. Nak berjalan pun susah. Kena perlahan-lahan, dan terjingkit-jingkit. Tak tahulah kenapa. Ada yang cakap sebab saya tak minum susu, betul ke?

Pastu sekarangni saya banyak baca blog tentang breastfeeding dan cloth diapers. Hopefully dapat fully breastfeed our baby nanti dan pakaikan dia dengan coth diaper hari-hari.

Kalau pergi shopping kompleks plak, memang tempat baby lah yang akan dituju. Waa, rasa nak beli je semua baju-baju cantik yang ada kat situ. Geram!! Tapi kena sabar, jantina baby pun belum tahu lagi ni. InsyaAllah next week nak pergi scan la. Eh kalau baru 20 minggu pregnant dah boleh nampak ke jantina baby?

Sejibik, kan?

Alhamdulillah setakat ni belum ada stretch marks lagi. Saya sapu Bio-oil hari-hari. Lepas mandi sapu sendiri, tapi malam before nak tidur saja sengal-sengal suruh Cik Abang sapukan. So itu memang rutin dia tiap-tiap malam. Bukan saja nak mengada-ngada. Tapi ak bagi Cik Abang peluang merapatkan diri dengan baby dalam perut. Sebelum sapu, bagi salam dulu. Then borak-borak dulu dengan baby. So sweet!!

Ini bukan perut saya. Harap maklum

Manalah tahu kan masa sapu-sapu tu Cik Abg dapat rasa tendangan penalti dari si kecik tu ke. Saya macam dah ada rasa something dalam perut ni, tapi tak sure itu tendangan baby ke tak. Dia rasa geli, sampai tergelak sendiri kadang-kadang. Huhu. Tapi kadang-kadang tu sakitlah jugak.

Rasanya setakat tu jela update untuk kali ni. Daa…

p/s: minggu depan kena pergi check lagi akt Klinik Kesihatan. Malasnya!!! Janganlah nurse cakap lagi yang berat badan saya naik melampau sangat. Huhu.

Leave a Reply

CommentLuv badge