» » Pregnancy Updates 07: Check-up

Pregnancy Updates 07: Check-up

Assalamualaikum.
Semalam saya kena buat check-up kat Klinik Kesihatan. Patutnya pergi last week.Tapi time tu ada kat KL, so ponteng je la. Hehe.
Setakat semalam berat terkumpul adalah 71.5kg. For sure lemak adalah lebih banyak daripada berat baby dan amniotic fluid! Hah, mampus nak membuang lemak pas bersalin nanti. Salah satu cara yang efektif dah semestinya fully breastfeed our baby nanti, InsyaAllah.
Nurse cakap nanti bila dah 36 minggu saya dah boleh prepare untuk bersalin. Maksudnya lagi tiga minggu lebih je lagi, kan? Alamak, sempat tak nak bersedia mental fizikal ni? Dan harapnya sempatlah nak menghabiskan apa yang saya dah mulakan tu.
Erm lagi satu, masa saya nak naik atas katil tu, rasa macam nak jatuh je. Nak turun dari katil pun susah. Aduyai, badan ni dah kurang seimbang nampak gayanya. Hehe. Bila berjalan pun sudah ada gaya-gaya penguin. Comel tak? Haha.
p/s: Nurse yang saya jumpa semalam baik gila! Cakap lembut je. So korang semua janganlah pandang serong sangat kat nurse2 kerajaan ye. Tak semuanya bengis. Kalau dapat yang baik, rasa sejuk je hati ni tau. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge