» » » Pregnancy Updates | Minggu ke-26

Pregnancy Updates | Minggu ke-26

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak update tentang kehamilan kedua ni pula. Kalau mengikut kepada hasil scan baby, InsyaAllah Ammar akan dapat adik perempuan. Berbunga je rasa hati ni, sebab nak dapat anak sepasang.

Tadi kami pergi buat check-up ketiga dengan Doktor Myriam Dirassen. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma yang peliknya, berat saya cuma 58kg je. Macam tak boleh dipercayai! Masa kat Malaysia hari tu ada timbang gak, dan berat saya 60kg. Takkan berat turun kot? Rasanya sekarang memang tengah membulat dalam tahap yang hebat. Sampai nak letak gambar sendiri di blog pun rasa segan. Hehe.

Sejak minggu lepas, saya dah mula sakit-sakit pinggang dan belakang. Barulah terasa macam orang mengandung. Kalau sebelum ini saya tak rasa pun yang saya tengah mengandung, sebab tak ada alahan dan mual-mual, badan pun rasa sihat je. Tapi rupanya bila dah nak masuk minggu ke-26 kehamilan barulah nak rasa sakit-sakit tu semua. Nak buat kerja sikit pun mengah. Tapi kena kuatkan diri juga sebab nak menjaga Ammar yang tengah lasak ni. Kadang-kadang tu, ‘termenangis’ juga sebab penat sangat. Huhu.

Baby I.A pun dah aktif bergerak dalam perut ni, terutamanya bila saya dah baring nak tidur. Masa tu memang dapat rasa dia gerak-gerak, best! Ammar pun selalu je nak pegang-pegang perut ni. Bila saya cakap kat dia “Ammar, sayang Adik cepat”, nanti dia terus je datang kat perut dan cium. Indahnya pengalaman ni! =)

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

Rahsia Mudah Hamil Terbongkar!

35 Responses

  1. Bersalin Nanti Di Mana?
    | Reply

    […] berbalik kepada tajuk entri. Dalam entri pengalaman hamil yang INI, rakan blogger ShraqsΒ ada bertanya sama ada saya akan bersalin nanti di Malaysia atau di Perancis? […]

  2. titan
    | Reply

    ohh..sudah 26 minggu kahh..
    titan recently posted..Gua baru balik dari SarawakMy Profile

  3. Akmaomar
    | Reply

    Wahh pregnant ya..tahniah sis..mintak2 dpt baby girl..:) .nak tanya satu boleh tak sis, kalau kita lahirkan anak kat oversea camne status citizenship dapat dua ke?
    Akmaomar recently posted..Did We Choose The Right Life Insurance PolicyMy Profile

  4. hatiputera
    | Reply

    Harap semuanya baik-baik sahaja sehingga bersalin nanti.
    hatiputera recently posted..Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?My Profile

  5. suri
    | Reply

    bahagianya hamil..

  6. Denaihati
    | Reply

    tahniah amar nak dapat adik. semoga sihat n dipermudahkan segala urusan.
    Denaihati recently posted..Blogger Sahabat Bukan Masa Senang SahajaMy Profile

  7. ramli
    | Reply

    Alhamdullilah,semoga kak dan kandungan sihat disana .
    ramli recently posted..5 Minit Sesi PerkenalanMy Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Mengikuti perkembangan mengadung adalah pengalaman yang manis ditempuhi oleh mana-mana wanita. πŸ™‚
    akubiomed recently posted..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.My Profile

  9. shraqs
    | Reply

    Nak bersalin nanti kat mana Bard, kat Perancis @ Malaysia?
    BTW, jaga diri & kandungan elok2. Tahniah!
    shraqs recently posted..Cara Manual Update Apple FirmwareMy Profile

  10. Eizil
    | Reply

    Semoga semuanya selamat bard… jaga kesihatan elok-elok, makan minum tu perlu cukup… πŸ˜€
    Eizil recently posted..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.My Profile

  11. Hafizul
    | Reply

    hehe..amar cerdik sungguh..mesti syg giler kat adik dia tu nanti..emm mesin penimbang tak sama kot luar negara ngn malaysia..hehehe
    Hafizul recently posted..Sambungan Review Buku β€˜ Blog + Google Adsense = Duit β€˜My Profile

  12. rahman
    | Reply

    lebih kurang sama dengan wife saya ni… skrg dah 28 minggu.. mungkin baby girl juga..

    Tahniah dapat sepasang.. mesti seronok sangat tu πŸ™‚
    rahman recently posted..Mencuba KFC Zinger Double DownMy Profile

  13. ajumohit
    | Reply

    alhamdulillah sepasang dah ye anaknya, moga baby dalm peyut sihat2 dan bgtu juga mamanya
    ajumohit recently posted..Pertama kali ke Office Nuffnang!!My Profile

  14. anif
    | Reply

    Lepas ni lebih meriahlah.. bertambah lagi bilangan ahli keluarga.
    anif recently posted..SKYFALL – Official TrailerMy Profile

  15. hafizrahim
    | Reply

    tahniah..dah dapat sepasang nanti boleh rilek sekejap..hehe
    hafizrahim recently posted..Pertembungan Dengan Blogger Sasa Dan Blogger KacakMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge