» » Prestasi Blog Bardboo Untuk Tahun 2011

Prestasi Blog Bardboo Untuk Tahun 2011

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2012 buat semua. Ada pasang azam baru ke? Saya tak ada pun. Sebabnya azam2 yang sebelum2 ini pun tak tercapai2 lagi. So, malaslah nak pasang azam baru. Apa yang penting, hari ini kena lebih baik dari hari semalam. InsyaAllah.

Terasa cepat betul tahun 2011 ini berlalu. Pada tahun 2011 inilah saya merasa pengalaman mengandung, dan kemudian melahirkan Ammar. Lepastu merasakan pengalaman pertama beraya bertiga. Dan pada tahun 2011 ini jugaklah kami menetap di negara orang. Ini semua pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.

Kalau mengenai blog kesayangan ini pula, saya telah berjaya publish 268 entri untuk tahun 2011. Masa bulan Januari 2011, saya ada buat entri mengenai Prestasi Blog Bardboo, dan pada masa tu saya berjaya mendapat ranking Alexa 1538952. Dari bulan Januari hingga Mac, saya rajin update blog. Tapi start dari bulan April, blog sudah ditinggalkan sebanya tengah sarat mengandung. Dan ranking blog makin lama makin teruk, pengunjung pun makin lama makin kurang.

Bila dah bersalinkan Ammar dan masa dalam pantang, pun saya jarang update blog. Lepas habis pantang, sibuk pula dengan persiapan untuk datang ke Perancis ni. Bila dah sampai di sini, barulah saya aktif berblog balik. Tapi susah jugak nak dapatkan balik jumlah pelawat seperti yang pernah saya dapat dulu.

Sehinggalah pada 21 Oktober 2011, blog saya disekat oleh google. Masa tu memang cuaklah. Sebabnya saya sangat sayangkan blog ini. Jadi terus cepat2 berpindah dari blogspot ke wordpress. Bila dah guna hosting sendiri ni, semangat berblog semakin berkobar2. Yelar, dah bayar tiap2 tahun, takkan tak nak gunakan betul2, kan?

Untuk tahun 2012 ini, saya harapa saya akan terus berblogging, untuk berkongsi cerita dan info dengan mereka2 di luar sana. InsyaAllah.

26 Responses

  1. kakyong
    | Reply

    semoga terus aktif berblog… 😉
    kakyong recently posted..#FIRST GIVEAWAY 2012 cik carrot susu#My Profile

  2. titan
    | Reply

    muka mak macam muka anakkk..hehe

    • akubiomed
      | Reply

      He..hee..terbalik bro. Muka anak ikut muka emak baru sejuk.

  3. Izwan
    | Reply

    “Bila dah guna hosting sendiri ni, semangat berblog semakin berkobar2. Yelar, dah bayar tiap2 tahun, takkan tak nak gunakan betul2, kan?”

    – suka ayat ni. rugi tak buat apa2 sebab dah byar,tapi kalau sibuk tu susah la juga kan.. happy blogging..
    Izwan recently posted..Sambutan Tahun Baru 2012 dan Jejak Belia Metropolitan 2My Profile

  4. suri
    | Reply

    selamat tahun baru rasa sempt lagi nak ucpa hee..

    update je kmi akan sllu dtg sini klu tiada masalah lain hee
    suri recently posted..Mimosa Pudica Dan Imperata Cylindrica Membuatkan Aku Tersenyum.My Profile

  5. suri
    | Reply

    secumil anak dia ggit mata bula dia heeee

  6. zie fauzi
    | Reply

    selamat tahun baru bard.. moga 2012 lebih baik dr sebelumnya…
    zie fauzi recently posted..Selamat Tahun Baru 2012My Profile

  7. paihujey
    | Reply

    selamat tahun baru dan semoga mendapat apa yang diinginkan pada tahun ini..kongsikan la apa yang menarik kat sana tu..tengok gambar pun jadi la..hehe
    paihujey recently posted..5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  8. shraqs
    | Reply

    Selamat tahun baharu & semoga lebih aktif utk 2012

  9. ohcikgu
    | Reply

    lepas ni, leh la update hari-hari sampai lebam tangan. hehe
    ohcikgu recently posted..(Video) Timothy Tiah melamar Audrey Auu Feng Ling yang agak manis.My Profile

  10. kimmie
    | Reply

    semoga tahun 2012, ranking blog naik kembali..kita sama – sama berusaha.
    kimmie recently posted..Hari – hari terakhir di tahun 2011My Profile

  11. kimmie
    | Reply

    semoga terus berblog, saya menanti-nanti entri baru dr blog ni 🙂
    kimmie recently posted..Hari – hari terakhir di tahun 2011My Profile

    • Bardboo
      | Reply

      kimmie, dari siang tadi saya cuba untuk komen kat blog awak, tapi tak bolehla..tak tahu kenapa..anyway, thanks sebab selalu datang singgah ke blog ni.. =)
      Bardboo recently posted..Prestasi Blog Bardboo Untuk Tahun 2011My Profile

  12. kimmie
    | Reply

    selamat tahun baru 🙂

  13. Tuan Tanah
    | Reply

    Semoga tahun 2012 lebih berjaya dlm blogging hendaknya…
    🙂

    p/s : nama baby ammar sama dgn anak ke-2 saya
    Tuan Tanah recently posted..Khairul Fahmi Che Mat Jantan Hebat!! Benarkah ?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge