» » Projek 40 Hari Blog; Apa Kesannya?

Projek 40 Hari Blog; Apa Kesannya?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, suda tamat projek 40 hari blog. Tetapi, Mama masih berhutang dua entri, iaitu entri ini dan lagi satu entri yang akan dipublish selepas ini. Mama terlambat untuk selesaikan projek ini kerana ada masalah blog. Blog tidak dapat diakses sejak akhir bulan lepas dan sehingga dua hari lepas barulah masalah blog selesai. Tapi, kami sekeluarga tidak sihat pula. Jadi, tak dapat nak update blog. InsyaAllah, hari ini akan diselesaikan segala yang tertangguh. Kerana selagi tidak selesai, hati Mama akan rasa tak tenang.

Apa kesan projek 40 hari ini pada Mama? Pertama, Mama dapat disiplinkan diri untuk update entri setiap hari. Tapi, ada masa tetap terbabas tak berupdate. Jika tak sempat, hari-hari berikutnya Mama akan cuba juga untuk update beberapa entri sekaligus. Masa ni, memang terpaksa tidur lambatlah. Huhu.

blog

Kedua, Mama dapat taip entri dengan lebih pantas. Bila dah update entri hari-hari, skill menulis tu akan bertambah. Idea akan datang dengan sendirinya. Dah tak perlu lagi termenung menghadap laptop untuk memikirkan ayat yang sesuai. Alhamdulillah, benda ini memang memudahkan Mama untuk sentiasa update blog.

Ketiga, Mama sudah dapat balik semangat untuk berblog seperti dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu, dulu Mama merupakan seorang blogger tegar, di blog bardboo.com. Tetapi sejak setahun yang lepas, semangat blogging semakin pudar sehingga Mama menganbil keputusan untuk menutup Blog Bardboo dan hanya fokus pada blog ini sahaja. Itupun update seklai-sekala sahaja.

Tetapi sekarang, Mama dah berazam untuk kembali aktif seperti dulu. Rentak berblog dah ada kembali. Cuma perlukan pecutan sahaja. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Dan semoga Mama dapat kongsikan lebih lagi dengan semua.

One Response

  1. oyong ilham
    | Reply

    Selamat menyelesaikan proyek blog 40 harinya. Semoga berjaya selalu dlm ngeblog. Kunjungi blog saya juga donk
    oyong ilham recently posted..Cara Islam Menyikapi Hari Valentine –My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge