» » Putera Hati Kami

Putera Hati Kami

Assalamualaikum.Rasanya dah sampai masa untuk cerita pasal putera hati kami kat blog ni. Baby kami lahir 19 Mei lepas, sama tarikh dengan EDD dia. Nama baby – IZZ AMMAR. Lahir dengan berat 3.55kg, dan panjang 57cm! Yup, memang semangat. Patutlah lama saya kena bertapa dalam labour room. Huhu.

Ini gambar masa baru betul-betul lepas bersalin. Baby dah dibersihkan sikit, so takdelah penuh dengan darah. Kang geli lak korang nak tengoknya. Hehe.

Tengok tu berkerut-kerut muka dia! Hehe.Yang ini plak gambar bila dah betul2 dibersihkan.

Then gambar Izz Ammar dengan Puteri Khalisha plak, sepupu dia yang dah berumur sebulan. Tapi nampak lebih kurang sama saiz je. Dah macam kembar. Hehe.
 Finally, gambar baby Ammar yang tengah sedap tidur di rumah Nenda.
Esok saya upload gambar-gambar lain plak ye. Daa….

Leave a Reply

CommentLuv badge