» » » Ramadhan Pertama di Perantauan

Ramadhan Pertama di Perantauan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, untuk tahun ni, kami dapat merasa berpuasa Ramadhan di bumi orang. Kalau tahun lepas kami balik ke Malaysia, tahun ini dah tak boleh nak cengkelat dah. Lagipun bulan Oktober ni dah nak balik Malaysia for good, InsyaAllah.

Ada sedikit kekeliruan tentang tarikh mula puasa di Perancis ni. Saya ada terbaca di satu web yang mengatakan mulai tahun ni, Perancis akan gunakan tarikh kiraan astronomi je untuk mulakan tarikh mula puasa, tak berpandukan pada anak bulan. Jadinya, hari Selasa lepas kami dah siap-siap bersahur. Tapi dalam pukul 10pagi Cik Abang mesej saya dan kata orang-orang Malaysia kat sini mula puasa hari Rabu. Sebab masjid di kawasan kami kata mula puasa hari Rabu. Jadinya, teruslah saya pun buka puasa! Hehe.

Berpuasa pada musim panas ni memang mencabar. Subuh dalam pukul 4.30am, Maghrib pula dalam pukul 9.40pm. Cuaca memang panas sangat-sangat, jadinya memang tekak rasa haus. Lagipun saya masih lagi menyusukan Irdhina Aneesa, memang lagi terasalah penatnya. Dengan nak melayan telatah dua orang anak kecil ini lagi.

Tapi harapnya saya dapat berpuasa penuh tahun ni. Dan semoga Ramadhan kali ini dapat mengubah saya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.

Buat semua rakan blogger, saya ucapkan selamat berpuasa. Maafkan saya jika ada penulisan saya ni yang membuat anda terasa. Saya manusia biasa, tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

InsyaAllah, untuk entri seterusnya, saya akan ceritakn tentang masalah visa yang sedang saya hadapi……

11 Responses

  1. Tudung Labuh Online
    | Reply

    Boleh tahan lama waktu puasa ya.

    Dari jam 430am ke 9pm.. Mencabar
    Tudung Labuh Online recently posted..Shawl Halfmoon Labuh Chiffon Inspirasihana Atheerah 2014My Profile

  2. hanari
    | Reply

    menjadi pengalaman yang berharga, bisa menjalani puasa dengan perbedaan waktu yang lebih lama dibanding di negeri sendiri.
    hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

  3. Bahrain
    | Reply

    bestnya berpuasa di negara orang, dapat rasa kelainannya..
    Bahrain recently posted..Kad Raya Dari Shakiddo.comMy Profile

  4. […] pun bulan Ramadhan kali ini. Ramadhan tahun ini sangat berbeza bagi kami sebab ini pertama kali berpuasa di negara orang. Cabaran berpuasa yang agak hebat kerana berpuasa dalam musim panas. Berpuasa dalam tempoh yang […]

  5. Sya Isya
    | Reply

    lama berpuasa tu. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Sya 😀
    Sya Isya recently posted..SHAWL ADREENA TUDUNG SHAWL HALFMOON DOUBLE LAYER YANG LABUHMy Profile

  6. eiela
    | Reply

    selamat berpuasa..
    eiela recently posted..Sambal Sardin Menu Mudah Ketika BersahurMy Profile

  7. zie fauzi
    | Reply

    lamanya tempoh puasa kat sana.. harap tabah ye… semoga dipermudahkan… tp kalau tak larat atau risau susu kurang jgn paksa diri ok…. btw,selamat berpuasa ye bard…
    zie fauzi recently posted..Humaira Bersahur SamaMy Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Selamat berpuasa di perantauan. Panjangnya tempoh berpuasa dan belum lagi dugaan duduk di negara orang. Cobaan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Ramadhan Al MubarakMy Profile

  9. zool
    | Reply

    jauhnya berpuasa.. raya balik malaysia ke?
    zool recently posted..Perbezaan Ramadhan 1434 HMy Profile

  10. Anuar
    | Reply

    Selamat berpuasa Sis… Semoga dapat menambahkan amal ibadah pada bulan Ramadhan tahun ini… 😉
    Anuar recently posted..3 Topi Untuk 3 Business CardMy Profile

  11. titan
    | Reply

    selamat berpuasa. kirim salam kat budak-budak kecik tu ek.
    titan recently posted..Kitab Teknik SEO Merah Jambu dibuka untuk jualan.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge