» » Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

posted in: Shaklee | 1

Assalamualaikum.

Masalah rambut gugur selepas bersalin merupakan satu perkara yang normal dan tidak perlu dirisaukan. Kalau menurut kata orang-orang lama, rambut ibu akan mula gugur bila bayi sudah mula pandai main air liur. Itu semua secara kebetulan sahaja. Samalah seperti orang kata kalau bayi menghisap jari kaki, maknanya nak adik baru. Sebenarnya itu cara kiasan orang-orang lama untuk memberitahu pada pasangan tersebut yang mereka dah boleh menambah bilangan anak. Sebab selalunya bayi pandai menghisap jari kaki pada umur 5-6bulan ke atas.

OK berbalik kepada masalah rambut gugur selepas bersalin. Selalunya semasa proses kehamilan, si ibu akan mempunyai rambut yang lebat kerana hormon semasa mengandung menyebabkan pertumbuhan rambut yang ketara. Tetapi selepas bersalin, rambut mengalami fasa ‘berehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur. Selain masalah hormon, keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh keletihan dan juga kekurangan vitamin seperti zinc dan kekurangan protein.

Cara mengatasi rambut gugur yang boleh dilakukan adalah menukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan bahan organik. Ibu juga boleh cuba menukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala, dan juga memotong rambut pendek.

Selain itu, ibu juga boleh mengamalkan suplemen untuk memberikan nutrien yang cukup kepada badan untuk menampung perkembangan rambut yang sihat. Antara suplemen yang boleh dicuba adalah Zinc Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).

set rambut gugur shaklee

Zinc adalah mineral terbaik untuk mengatasi rambut gugur kerana ianya dapat mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. Manakala ESP pula sebagai sumber protein yang diperlukan untuk pembinaan sel-sel baru.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

One Response

  1. […] seseorang itu mengalami sebarang masalah rambut. Sebelum ini Mama pernah bercerita mengenai masalah rambut gugur selepas bersalin,  dan Mama cadangkan suplemen yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Dan Mama juga […]

Leave a Reply

CommentLuv badge