» » Resepi Kari Ayam (Memasak Bersama bARdbOO)

Resepi Kari Ayam (Memasak Bersama bARdbOO)

posted in: Resepi | 1

Salam. Hari ini first time sejak kahwin aku masak lauk kari ayam. Nyum3x!!! Of course lah kena call chef utama di Klang dulu untuk ambil kelas jarak jauh. Jum intai macam mana nak masak kari ayam!!

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan
Serbuk kari
Cili mesin
Asam keping
Santan
Ayam
Air
Garam

Cara masak:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, dan belacan (kalau tak suka belacan jangan letak).
2) Kacau serbuk kari dan cili mesin bersama sedikit air sehingga sebati.
3) Panaskan minyak di dalam periuk.
4) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
5) Masukkan campuran serbuk kari dan cili mesin ke dalam periuk dan gaul sehingga rata.
6) Masukkan ayam dan juga asam keping.
7) Masukkan santan, garam, dan air sebanyak yang diperlukan.
8) Tunngu sehingga mendidih.
9) Siap untuk disental. ^_^

Sumber: Google

p/s: Aku tak ada bagi sukatan. Tengoklah korang nak masak untuk berapa orang makan. Pastu ikutlah kreativiti masing-maisng untuk ubah-ubah resepi ini yer. Selamat mencuba. PEACE. ^_^

One Response

  1. Rina
    | Reply

    Besok saya bisa membuat masakan ini ni
    Terima kasih ats infonya mbak…
    Rina recently posted..Best List of Free PHP Website Hosting Services ProvidersMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge