» » Resepi Puding Roti

Resepi Puding Roti

posted in: Resepi | 0

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari mengidam nak makan puding roti, akhirnya hari Sabtu lepas dapat gak saya melepaskan gian bila dah beli barang2 nak membuatnya. Kebetulan plak malamnya ada jemputan makan kat rumah kawan Cik Abang, so bolehlah bawak puding roti tu sekali. Nak dijadikan cerita, puding roti yang dibuat tu tak cantik, tapi rasanya OK.
Tapi malu la kan nak bawak yang buruk pergi rumah orang. So bila tengok bahan2 pun ada, saya buat lagi satu puding roti, tapi menggunakan resepi yang lain. So kat sini saya nak share dua2 resepi yang saya buat tu.
RESEPI 01:
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 biji telur
1 sudu besar butter -cairkan
1/4 cawan gula
235ml susu cair
kismis
CARA:
Toast roti sehingga garing, carik2kan dan masukkan ke dalam loyang
Tabur kismis di celah-celah roti
Pukul telur, gula, butter dan susu cair dalam mangkuk yang berasingan
Masukkan ke dalam loyang
Tabur lebihan kismis di bahagian atas adunan
Bakar dalam oven, 180 C, 20-25minit
RESEPI 02:

BAHAN-BAHAN:

2 keping roti
200ml susu segar
2 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar butter – cairkan
1 sudu besar tepung jagung
Kismis

CARA:
Rendam roti bersama dengan susu segar selama 30minit
Pukul telur, gula, butter, tepung jagung, dan kismis dalam mangkuk yang berasingan
Tuang ke atas roti yang telah direndam tadi
Bakar dalam oven, 180C, 20-25minit


Kata Bardboo:Last2 bawak yang buruk tu gak pergi rumah kawan sebab yang resepi kedua tak sempat siap masa kitorang nak pergi tu. Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge