» » Review Ice Cream Girls by Dorothy Koomson

Review Ice Cream Girls by Dorothy Koomson

Salam.
First, nak ucap terima kasih kat Cik Abang sebab belikan buku ini buat Adik. ^_^

Second, nak cerita sikit pasal novel Dorothy Koomson. First novel dia yang aku beli dan baca adalah buku My Best Friend’s Girl. Cerita ni sangatlah best OK?! Bayangkan, tunang korang buat ehem2 (paham-paham sudey) dengan kawan baik korang, then kawan baik korang tu pregnant. Beberapa tahun lepas tu, kawan baik korang tu contact korang balik untuk jaga anak dia, sebab dia dah nak mati, ada sakit kronik. Sanggup ke korang nak jaga anak tu? Ada berani mahu baca? Sediakan tisu banyak-banyak ye. Hehe.

Lepas novel tu, saya ada baca lagi beberapa novel dia, tapi pinjam kawan punya je. Hehe. Takkan nak buat semua review kat sini kan? Lain kali ok? Tapi meh sini saya letak gambar novel-novel dia:

Third, barulah boleh masuk review ke novel Ice Cream Girls. Nak diingatkan, tema novel dia yang ini berbeza sangat dengan novel-novel sebelumnya. Kalau novel yang sebelumnya pasal cinta dan kasih-sayang, kali ini plak pasal pembunuhan. Memang satu kelainan.

Novel ini menceritakan yang Serena dan Poppy telah dituduh membunuh Marcus. Tapi Serena terlepas, hanya Poppy yang dipenjarakan selama 20 tahun. Kenapa diorang bunuh Marcus? Sebab Marcus dera diorang secara sexually and physically. Poppy kata dia tak bunuh Marcus, dan dia menuduh Serena. Tapi Serena plak kata sebaliknya. So siapa yang membunuh Marcus sebenarnya? Jawapan ada kat part akhir novel ini. So kalau tak nak spoiler, jangan gatal-gatal baca belakang dulu ye. Itu sengal namanya, haha.

~Selamat membaca you all~
Saya bagi empat bintang saja, sebab lima bintang hanya layak untuk My Best Friend’s Girl. Hehe

One Response

  1. Alin Marlini
    | Reply

    best ek My BFF Firl..sedang nak beli ni..hehehe
    Alin Marlini recently posted..Kilang KotakMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge