» » Review Magika

Review Magika

Salam.
Masa saya baca review pasal Magika ini di blog En. Faizal Sulaiman (bukan Azhar Sulaiman ye, hehe), terus rasa nak tengok. Dan dengan tak berlengah lagi, terus mengendeng kat Cik Abang untuk tengok cerita ni. Hehe. So dah pergi tengok malam kelmarin, tapi baru hari ni nak buat review ye.

Saya nak buat ringkas-ringkas jela, sebab dah banyak blog lain yang buat full review on this film.

1) PELAKON:
Pelakon yang popular sangatlah ramai dalam filem ini, tapi kebanyakkan hanya sebagai pelakon tambahan je.  Mula-mula masa tahu pelakon utama filem ini, rasa macam tak best je. Tapi rupanya saya tersilap. Tak sangka Diana Danielle punya lakonan agak mantap. Mawi dan Adik Fimie pun tak kurang hebatnya.

2) LAGU:
Senang cerita, semua lagu best! Tapi paling suka lagu Adik-Beradik tu.

3) JALAN CERITA:
Tak berapa smooth, sebabnya tiba-tiba je masuk plot lain. Macam tak ada kesinambungan antara satu plot dengan plot yang lain. Dan rasanya plot itu tak perlu ada pun (kalau dah tengok filem ini nanti korang akan tahu saya maksudkan plot yang mana, ok?).
Lagi satu, bagi saya part “percintaan” antara Ayu dan Bad tak dibuat dengan baik. Sekurang-kurangnya tunjuklah cinta tu berputik siki demi sedikit. Ini tak, tulis-tulis nama atas pasir, pastu terus lari-lari nyanyi lagu. Takkan camtu punya senang je cinta tu wujud?

4) KESELURUHAN:
Overall, saya puas hati dengan filem ni, sebab ini cubaan pertama orang Malaysia untuk buat filem musikal. Sangat bangga sebenarnya! Tapi mungkin disebabkan saya telah baca terlalu banyak review tentang filem ni, so saya punya expectation sangat tinggi. Tapi bila tengok, memang adalah sedikit kekurangan, itu lumrah. Walau apapun, good job! Tak sabar nak tunggu Merong Mahawangsa pula. =)

Meh sini saya bagi tiga bintang setengah untuk filem MAGIKA.. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge