» » Rumah Idamanku

Rumah Idamanku

Bila dah kahwin ni, next big investment mestilah nak beli rumah, kan? Tapi bagi kami mungkin bukan untuk masa terdekat ni kot. Kena tunggu Cik Abang habis belajar dulu. Tapi tak salah pasang angan-angan dulu.

So, ini antara ciri-ciri rumah idaman saya:
1. Rumah bandung/ semi-D. Ini memang ciri paling utamalah. Dah lama berangan nak rumah semi-D. Kalau dapat jiran sebelah yang ngam lagilah syiok!!

2. Kalau tak dapat semi-D, rumah teres pun Ok, tapi nak yang corner lot. Konon nak buat tamanlah. Tapi macamlah rajin nak uruskan. Last-last jadi semak-samun je. Huhu.

3. Rumah satu tingkat je. Sebab malas nak naik-naik tangga. Ini untuk kemudahan masa dah tua gak nanti. Huhu.

4. Area dekat dengan shopping kompleks!!! Haha, meh gelak jahat. Shopping, shopping, dan shopping.

5. Jiran-jiran ramai Melayu, dan lebih kurang sama baya. So anak-anak pun sebaya. Senang sikit nak bergaul.

6. Dekat denggn taman. Oh dalam hati ada niat konon nak beriadah la petang-petang. Tapi ntah buat ke tak. Huhu.

Oh cukuplah enam tu. Mana boleh lebih-lebih. Sebab lambat lagi nak beli rumah. Huhu.

Leave a Reply

CommentLuv badge