» » saat terakhir bersama mu (sticky post)

saat terakhir bersama mu (sticky post)

Joe ada buat contest…dan hadiah2 yang ditawarkan sangat2 menarik..aku nak mencuba nasib ni..harap2nya menang la.. =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Badariah, abang kamu datang untuk bawak kamu pulang ke rumah” kata guru ku.

Aku terkesima. Apa yang telah terjadi? Kenapa dengan Abah? Di dalam hati kecil ku sudah mula terdetik dengan seribu andaian buruk.

Sebaik tiba di rumah, ku lihat Abah sedang terbaring lesu di atas tilam yang sudah lama menjadi tempat rehatnya. Adik-beradik ku semuanya sudah berada di rumah. Mereka duduk mengelilingi Abah. Aku turut menyertai mereka. Aku lihat Abah, ku amati wajahnya, dan aku turuti irama nafasnya. Amat susah sekali setiap tarikan nafas Abah.

Aku termenung dan aku berfikir, ‘Bagaimana jika ini adalah hari terakhir Abah bersama kami?’. Dan air mata ku mula mengalir.

Serentak dengan itu juga ku tersa ada tangan yang memegang bahu ku. “Jangan sedih, Abah masih sihat. Abah tak apa-apa”.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bulan demi bulan berlalu dalam diari hidup kami sekeluarga. Kesihatan Abah makin lama makin menggusarkan. Dari seorang yang sihat, kini Abah terpaksa hidup dengan hanya sebelah paru-parunya. Dari sudut perubatan moden, Abah dikatakan menghidap kanser paru-paru. Tapi dari sudut tradisional pula, Abah dikatakan terkena santau.

Aku pernah melihat sendiri Abah memuntahkan darah yang dipenuhi dengan rambut dan kaca. Aku tidak faham kenapa ada orang tergamak untuk buat Abah begini. Sedangkan Abah sangat baik orangnya. Abah suka menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Abah juga tidak banyak bicara, jadi aku yakin Abah tidak banyak menyakitkan hati orang. Tapi, kenapa ada manusia yang begitu kejam?!

Hari demi hari kami terpaksa melihat kesengsaraan Abah. Dari seorang yang berbadan besar, kini Abah kelihatan sangat cengkung. Dari seorang yang rajin bekerja, kini Abah hanya mampu duduk di kerusi malas di depan rumah, sambil menghitung hari-hari terakhirnya.

Jarum jam terus berdetik, dan hidup kami terus begini. Hidup yang tiada pasti.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tanpa disangka-sangka, Abah menjadi semakin lemah. Abah tidak mahu makan, dan ini memburukkan lagi keadaan. Dua hari Abah begini. Dan pada malam hari ketiga, badan Abah sudah kembali kuat. Abah sudah boleh bergurau senda dan tersenyum gembira. Orang-orang yang berada di rumah gembira melihat perkembangan ini.

Apabila jarum jam menunjukkan pukul 11 malam, aku disuruh masuk tidur.

Aku salam tangan Abah. Aku tersentak! Aku dapat mendengar Abah menarik nafas dengan sukar sekali, seolah-olah ada sesuatu yang menyekat salur pernafasannya. Ku pandang wajah Abah, Abah hanya tersenyum dan berkata “Adik belajar rajin-rajin ye, jadi orang yang berjaya”. Aku mengangguk, lalu mencium tangan Abah.

Aku merasa sangat hiba dan terus berlari ke atas. Kenapa orang lain gembira? Kenapa aku tidak? Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang buruk yang akan terjadi?

Aku resah. Namun, aku terlelap jua.

Tiba-tiba, mata aku terbuka dan seperti ada benda yang menolak belakang ku, aku terus terduduk. Di hening pagi itu, aku dapat mendengar sayup-sayup tangisan suara. Tanpa perlu ke bawah, aku sudah tahu yang Abah sudah tiada. Aku sudah tahu yang aku kini sudah menjadi anak yatim.

Abah meninggal pada pukul 3 pagi, hari Jumaat, 19 September 1997, dan meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak yang amat menyayanginya.

Al-Fatihah…

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kini, sudah hampir 12 tahun aku hidup tanpa Abah di sisi.

Kehidupan sebagai anak yatim amat sukar bagi ku.

Mulanya, aku tidak dapt menerima hakikat. Ketika hari pertama kembali ke sekolah semenjak pemergian Abah, aku terasa macam orag asing. Ke mana kaki melangkah, semua mata memandang ke arah ku. Aku tidak suka dengan pandangan simpati yang diberikan. Aku rimas. Memang aku anak yatim. Tapi ini tidak bermakna aku mengharapkan seribu simpati diberikan kepada aku.

Air mata mengalir kembali.

Kata-kata terakhir Abah ku pegang hingga ke hari ini.

Tika aku hampir putus harapan, kenangan itu akan kuputarkan kembali di dalam kotak fikiran.

Aku menjadi bertambah berani.

Dan aku, teguh berdiri,

Walaupun air mata tetap menemani.

Walaupun aku membesar tanpa seorang ayah di sisi, namun kata-kata terakhirnya sudah cukup memberikan aku semangat hingga ke hari ini.

Kata-kata ini, akan ku pegang hingga hujung nyawaku:

“Adik belajar rajin-rajin ye, jadi orang yang berjaya”

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Abah sayang ku,

anak mu rindu dakapan mu,

anak mu rindu belaian manja mu,

dan anak mu rindu kehadiran mu.

 

Abah yang ku sayangi,

pemergian mu adalah duka yang abadi,

duka yang tidak dapat diubati,

dan tiada jua pengganti.

 

Abah yang tersayang,

kasih mu akan ku kenang,

nasihat mu sentiasa ku pegang,

terbayang wajah mu, aku pasti tenang.

 

Abah,

tiada kata lagi dapat ku ukirkan,

hanya doa dapat ku kirimkan,

dan kejayaan ka untuk kau banggakan.

 

Walau pahit hidup tanpa mu,

akan ku teruskan jua hidup ini,

berbekalkan nasihatmu yang satu,

seribu ranjau akan Adik langkahi.

 

 

 

 

Terima kasih Abah…

Adik sayang Abah..

 

32 Responses

  1. joegrimjow
    | Reply

    da baca abess

    sedey je

  2. nURmALa mAZLan
    | Reply

    al-fatihah utk arwah ayah awak ye..
    semoga roh nya dicucuri rahmat keatas nya

  3. haruan tasek
    | Reply

    sama le kita aku pun teringat arwah abah. sedih…

  4. milimilo
    | Reply

    sedihnya baca entri ni..al-fatihah untuk arwah..yg hidup pasti akan pergi..cuma,org yg buat santau tu,pasti akan trima balasannya.

    goodluck ye..semoga hati joe tersentuh

  5. zino
    | Reply

    alfatihah…

  6. Railey
    | Reply

    Nice….

    Alfatihah To Him…

    Be Tough Yeah..

  7. bEEdLE d' bARd
    | Reply

    thanks sbb ajar mcm mana nak wat =)

  8. Mr PenyuBiru
    | Reply

    alfatihah tuk arwah abah anda.

    isk..speechless plak..

    ps: thanks credit pasal sticky post tu.sharing is caring.

  9. babymiLosh
    | Reply

    dear…kita kuat! yeay!

  10. kojah
    | Reply

    alfatihah…moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman…

    btw, tompang lalu =)

  11. Anonymous
    | Reply

    Jangan lupa pesanan abg ye..
    Jangan tinggal solat..
    Dan hadiahkan lah setiap hari bacaan ayat suci Al-Quran..

    Setiap yg mati akan tinggal kan 3 perkara, dan salah satu dari nya adalah doa dari anak yg soleh..

    Al-Fatihah,

    ABG..

  12. tRuly tO be mYself 'Qa~
    | Reply

    al-fatihah..
    tabahlah hadapi hidUp didunia ni..
    jaga diri k…

  13. ? cik intanurulfateha ?
    | Reply

    .al-fatihah

  14. Mohd Nasri Md. Nasir
    | Reply

    teruskan perjuanganmu…
    doakan abahmu selalu agar dia tenang di sana…
    jgnlah dikenang2 sgt pristiwa lmpau krne mngkin kamu brtmbh perit utk truskn hdup..

  15. SuFy
    | Reply

    hurmm..so sad…takziah yerr!!

    Moga ia slalu berada dlm prlindungannya..sama2 berdoa..^_^

  16. ARYN
    | Reply

    aku nangis baca blog ko..sbb aku teringat arwah ayah aku ;(

    byk dugaan jadi anak yatim.. tp anak yatim pun mcm org biasa gak ..

    alfatihah buat arwah ayah kita 🙂
    semoga mereka tenang di sana

  17. Arra JaSmY
    | Reply

    coretan yg lahir seikhlas2nyew dri lubuk hati mmpu wat sapew sajew tersentuh..even,i doesn’t have dis kind of experience but i can still feel as u are..

    Tabahkan haty yer sis..stiap kejadian adew hikmahnye.yg pnting,Hidup harus diteruskan..

    Moga Allah merahmati ayah kamu dan temptkannyew diklangan org yg beriman dan bramalsoleh…
    Al fatihah….

  18. babymiLosh
    | Reply

    dear,,
    u noe wut,,
    ur story kinda same like mine..
    my ayah oso diagnosed with lung cancer n org2 kampung berkata ttg santau jugaa..

    sama2 kita b strong k! 🙂

  19. asked
    | Reply

    sedih r~~ish,,tau nk kate ape~~

  20. asked
    | Reply

    hmmm~al fatihah…
    sedihnyer…

  21. asis
    | Reply

    aku belum bersedia nak kehilangan sape2..

  22. ciK jUkoGYu
    | Reply

    sedey ner…siyes nangis da nie..sabar yea..tuhan sangat sayangkan beliau..
    AL-FATIHAH..

  23. a.b geldofg
    | Reply

    tsentuh perasaan aku baca entry ni

  24. azuan
    | Reply

    tabahlah mengharungi kehidupan…
    yang hidup itu pasti mati..
    terima dugaan dengan sabar yea…

  25. ~Cinta Cukulet~
    | Reply

    Al-fatihah utk arwah ayah kamu..semoga rohnya dicucuri rahmat

    harap kamu terus tabah menjalani hidup 🙂

  26. oh_daNia
    | Reply

    miss my ayah too ..

  27. Fiza
    | Reply

    aku nangis baca..aku paham sgt perasaan ko cmne..yg tinggal sekarang kenangan je kan..tp benda tu cukup buat kt rasa kuat nak truskan kehidupan…kadang2 aku sampai sekarang rasa seolah2 mcm arwah ayah aku ada lagi..dila ckp dia amik masa 9 bln nk terima kenyataan tul2..ko cmne?
    ko lebih tabah sebab ko kehilangan arwah time ko kecik..that’s why aku paling riso adik aku yg last..dgn apa jadi before ni, aku harap sgt dia tabah..

    al-fatihah buat arwah2 ayah kita berdua dan mereka yg telah pergi..

  28. adawiah.zaini
    | Reply

    tak tau nk ckp apa sbb tak pernah jadi mcm ni. tp tau, di sebalik setiap kehilangan, akan datang suatu kebaikan. sabar ye =)

  29. Jard The Great
    | Reply

    alfatihah.. huhuhu.. sebak lak…

  30. Eazy Izzuddin
    | Reply

    alfatihah wat beliau….
    =)

  31. Monkey D Luffy
    | Reply

    aku pun teringat arwah abah

  32. ShaFril
    | Reply

    al-fatihah 4 arwah ayh awk..smoga roh arwah bersemadi dgn amn n tenang, n ditempatkn dikalangan org2 beriman n dicucuri rahmat allah swt insyaallah amin..

Leave a Reply

CommentLuv badge