Sakit Gigi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Daalm beberapa hari ini, mood saya tak berapa baik sebab sakit gigi. Tak tahulah apa sebab sakit pula kali ini. Kalau sebelum ini, berbulan-bulan menanggung sakit sebab ingatkan sakit gigi bongsu nak tumbuh. Tapi rupa-rupanya, gigi bongsu saya tumbuh senget sampai dah tolak gigi yang sebelahnya. Akhirnya, kena buat pembedahan buang gigi bongsu.

Bila dah buat pembedahan tu, saya ingat tak ada la sakit-sakit gigi lagi. Tapi rupa-rupanya, sakit juga lagi. Dugaan sungguh! Rasa nak ketuk je tukul besi kat muka ni bila sakit tu datang. Disebabkan tak tahan sangat, saya pun cakaplah dengan Cik Abang nak pergi jumpa doktor gigi. Kalau tak, jangan haraplah saya nak saja je suka-suka pergi jumpa doktor ye. Huhu.

Cik Abang pun telefonlah klinik gigi untuk buat appointment. Petang semalam kami pun bersiap-siap la untuk pergi. Bila dah sampai sana, rupa-rupanya Cik Abang dah tersalah faham fasal tarikh appointment. Kitorang kena datang minggu depan pula. Ishh susah betullah nak berkomunikasi dengan orang-orang sini. Sementara nak tunggu minggu depan ni, terpaksalah saya menahan sakit dulu.

Balik dari klinik, kami terus pergi ke Taman Jepun. Cik Abang nak ambil gambar dengan menggunakan lens yang baru dibeli. Ammar pun seronoklah dapat jalan-jalan di taman. Nanti saya upload gambar-gambar yang diabil di taman ye. Semoga berjumpa lagi, dan selamat berhujung minggu. =)

13 Responses

  1. leny
    | Reply

    Ruang tunggu nya sangat mewah,,berapa untu biaya periksa gigi nya, sudah tentu tinggi ya?

  2. iOS Gear
    | Reply

    Cantik ruang menunggu klinik gigi tu..

  3. Zida
    | Reply

    sakit ketiga selepas mati dan bersalin, adalah sakit gigi
    hehehe
    Zida recently posted..Aduh, Peritnya Mengulang!My Profile

  4. titan
    | Reply

    hoho..memang sakit jiwa gak bila kena sakit gigi..
    titan recently posted..Persamaan aku dengan Albert Einstein.My Profile

  5. hafiz
    | Reply

    memang tak tahan kalau sakit gigi ni…
    hafiz recently posted..Aktiviti kegemaran herokuMy Profile

  6. anif
    | Reply

    Sakit gigi? Memang menyiksakan…
    anif recently posted..F1 – Lewis Hamilton Tersilap Berhenti Di Pit Pasukan McLaren!My Profile

  7. hafizmd
    | Reply

    Moga than dgn dugaan gigi sakit…

    Cantik tmpat menunggu tu…tp ttp tak mampu kurangkan sakit ggikan? hehe
    hafizmd recently posted..Awasi Percakapan Kita!My Profile

  8. Datin Tyka
    | Reply

    kalau sakit gigi kak, mak aiii.. tak bole nak buat keje apa dah… sampai tarik ke mata tu tak tahan…
    Datin Tyka recently posted..WordPress Tak SusahMy Profile

  9. akubiomed
    | Reply

    Menunggu seminggu umpama setahun. Cantik ruang legar klinik.
    akubiomed recently posted..Kenduri kahwin datang lagiMy Profile

  10. ejam
    | Reply

    tahun lepas ada cabut 1 gigi yg dah lama berlubang, sampaikan ada tertinggal serpihan akar gigi maka kenalah hadapi kerja2 pengorekan serta merta.
    sakitnya tidak terhingga, air mata meleleh, nasib baik pembantu doktor tu tolong lapkan.
    ejam recently posted..Seminar Buat Duit Dengan Blog.My Profile

  11. KiD
    | Reply

    haaaaaa… kalau sakit gigi, rasa menangkap sampai ke kepala.. fuuuhh… menguji kesabaran tu
    KiD recently posted..Kucing HitamMy Profile

  12. Denaihati
    | Reply

    biasanya sakit gigi kalau nak bertangguh cabut tu sangat memcabar lah…
    Denaihati recently posted..Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  13. Cikgu Hairul
    | Reply

    Saya pun sakit gigi juga. Nak g klinik cabut gigi rasa takut la pulak. Bila sakit tu datang, rasa cam nak lempang je muka sendiri.

Leave a Reply

CommentLuv badge