» » Salah ke berblog pasal hal peribadi sendiri?

Salah ke berblog pasal hal peribadi sendiri?

Salam.

Aku terpanggil nak tulis pasal entry ini sebab kawan aku yang baru hendak belajar berblogging sudah kena hentam dengan blogger lain, yang mengatakan “blog dia annoying sebab selalu expose personal life”.

Waduh2, bikin gawat ini. Macam mana boleh jadi begini?

Kenapa ye ada orang yang suka menghentam blog orang lain? Suka cakap blog orang lain tak berinformatif, buat penat je baca, dan pelbagai tohmahan lagi. Adakah orang seperti ini hanya mencari blog-blog yang mengeluarkan info-info berguna je (walaupun sebenarnya entry plagiat!), tanpa mencari hiburan-hiburan lain?

Eh tolonglah! Takkan kau hanya nak baca blog-blog yang serius je. Sekali-sekala kita perlukan hiburan. Dan disebabkan itu kita kena gak baca blog yang tulis mengenai entry personal life tapi dibuat dengan cara yang bersahaja dan kelakar (macam blog kawan aku tu).

Bagi aku, dunia blog ini macam dunia sebenar gak. Kalau dalam dunia sebenar ini semua orang nak jadi doktor, siapa plak yang nak jadi nurse dan pharmacist yang akan membantu doktor? Dan kalau semua nak jadi bos, siapa pula yang akan menjadi pekerja? Dan kalau semua cuma tahu kalau pergi pasar sudah cukup tersedia ikan, ayam, sayur dan sebagainya, siapa pula yang nak jadi nelayan dan penternak untuk supply benda-benda tu semua?

Logik kan fakta aku di atas?

Jadinya, takkan lah semua blog nak cerita benda yang sama. Contohnya seperti berita panas di akhbar hari ini, berita artis tu kahwin dan artis tu cerai, ataupun cerita Salleh Gregor Samsa (kalau tak tahu siapa makhluk ini pergi search ye!). Di mana kepelbagaiannya (variety) kalau semua orang blog benda yang sama?

So, disinilah bergunanya orang-orang yang berblog tentang diri sendiri. Yang menceritakan pengalaman diri sendiri. Dengan baca blog-blog macam ni, kita dapat tahu cara pandangan orang tu, dan jika dia ada buat salah, kita boleh ambil iktibar darinya. But if korang memang tak suka baca blog yang macam ini, just tekan “X” kat atas belah kanan tu. Tak perlulah meninggalkan komen yang menyakitkan hati. Terasa orang tu, tau tak?

Sebenanrnya, aku pun pernah kena dulu. First, ada seorang mamat yang komen “apa kau nak tulis sebenarnya ni bro“. Walaweh, kecik hati aku time tu! Dahlah time tu aku baru mula berblog. Tapi aku ambil sebagai cabaran je komen dia tu, dan selepas itu aku lebih berhati-hati dalam menulis entry.

Lagi satu plak aku kena bila orang cakap blog aku semak. Waa, bertambah dalam luka di hati. Semak ke blog aku? Lagu tak ada, widget pelik-pelik pun tak ada. Tapi tak apa, dengan komen-komen yang sebegini, telah mebuatkan aku cuba improvekan blog ini day by day.

Tapi ingatlah wahai pemberi komen yang kejam, tak elok menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata yang menusuk jiwa.


Jika kau memang hendak memberikan komen mengenai sesuatu blog, please give it in a nice way, and don’t just put your critics there, but please give your suggestions in improving that blog. And I believe, that would be a better way and the owner of the blog would appreciates your comment.

Oklah, dah panjang sangat. Selamat berpuasa. Dan kalau ada sakitkan hati orang lain, mintak maaf cepat-cepat ye. Sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Harapnya kita tidak mati dalam keadaan yang ramai orang membenci dan berdendam dengan kita. Amin.


nota bulu ketiak: aku dah bersedia nak kena hentam plak dengan tulis entry ini. =P

Sumber gambar: Google

Leave a Reply

CommentLuv badge