» » » Salam Ramadhan Buat Semua

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum.

Kali ini HBB buat entri dalam bentuk pantun sempena menyambut bulan Ramadhan.

rendang ayam dimasak Baba..
orangnya baik sentiasa ceria..
bulan ditunggu kini dah tiba..
sambut dengan amalan mulia..

orangnya tegap namanya Sabri..
semenjak kecil dipanggil Atan..
bulan Ramadhan nama diberi..
bulan penuh dengan keberkatan..

hujung minggu memancing ikan..
pergi bersama dengan Kamal..
selamat berpuasa HBB ucapkan..
samalah kita perbanyakkan amal..

orangnya sopan namanya Julia..
sudah bertunang dengan Karim..
bulan Ramadhan bulan mulia..
bulan turun Al-Quran Nulkarim..

juadah berbuka menunya laksa..
ramai suka dimasakkan lebih..
siang hari kita berpuasa..
malamnya pula kita terawih..

bawa kereta pergi ke Kapar..
hendak membeli cincin suasa..
sambil kita menahan lapar..
anggota lain bawa berpuasa..

makan sahur dengan Kadir..
menu sekadar telur dadar..
sepuluh hari malam terakhir..
adanya malam Lailatul Qadar..

orang jawa pandai mengukir..
takcukup kayu diukirnya batu..
rebut peluang banyakkan zikir..
agar dijumpakan malam itu..

adabnya baik namanya Jamal..
budinya banyak namanya Raihan..
mari kita perbanyakkan amal..
agar Allah anugerah keredhaan..

SELAMAT BERPUASA dan BERAMAL semuanya. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah. Amin. Kesempatan ini HBB ingin memohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita samada secara zahir, muka buku ataupun blog.

10 Responses

  1. Hafizul
    | Reply

    tak terlewat lagi nak usap selamat berpuasa..hehe..sedap pantun ni…

  2. budak felda
    | Reply

    selamat berpuasa dr saya budak felda….masih belum terlewat
    budak felda recently posted..Projek Amal EQQ : Mancari Keberkatan RamadhanMy Profile

  3. puanbee
    | Reply

    orang france membuat pantun
    tika tiba bulan ramadhan
    akk datang dengan penuh sopan santun
    ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan

    heeee~
    puanbee recently posted..Ramadhan kami tanpa ayahMy Profile

  4. Juan
    | Reply

    selamat berpuasa
    Juan recently posted..Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel PenangMy Profile

  5. rahman
    | Reply

    selamat berpuasa
    rahman recently posted..Internet Explorer satu masa dahuluMy Profile

  6. kimmie
    | Reply

    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 32: Comel dan Unik…saya rasa la.My Profile

  7. Kulanzsalleh
    | Reply

    Selamat menyambut Ramadan.. mesti besar dugaannya mengerjakan ibadah puasa di negara luar
    Kulanzsalleh recently posted..Bonus Raya 2012 Setengah Bulan GajiMy Profile

  8. azman
    | Reply

    Dah ada kat france ker ? selamat berpuasa.
    azman recently posted..FaceBoutique – Tudung Online Dan Fesyen Muslimah TerkiniMy Profile

  9. akubiomed
    | Reply

    Selamat mengerjakan ibadah puasa di rantau orang.
    akubiomed recently posted..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  10. Jebeng Otai™
    | Reply

    salam ramadhan dan selamat berpuasa HBB 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..Kurang Pahala PuasaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge