» » » Sambutan Harijadi Izz Ammar

Sambutan Harijadi Izz Ammar

Assalamualaikum.

Kebetulan pula harijadi Ammar jatuh pada hari Sabtu, jadi kami pun buatlah jamuan makan2 sikit untuk sambut birthday budak bambam ni. Cuma dapat jemput beberapa keluarga je, sebab rumah kami kat sini kecil. Kalau nak jemput semua orang Malaysia yang ada kat Toulouse ni, kompem tak muat rumah. Hehe.

Bahan2 untuk memasak memang dah beli siap2 masa hari Jumaaat, dan hari Sabtu tu dari pagi dah start memasak la. Menu simple je, cuma buat mihun sup, makaroni bakar, dan agar2 strawberry. Dan kek pula saya minta tolong dengan jiran untuk buatkan. Tapi disebabkan buat kerja dengan kehadiran ‘tukang audit‘ bertauliah iaitu En. Izz Ammar, makanya semua kerja jadi kelam-kabut. Kena bergilir2 buat kerja. Bila saya kat dapur, Cik Abang kena jaga Ammar. Bila Ammar nak menyusu, Cik Abang plak kena sambung kerja2 memasak. Begitulah putarannya sampailah ke petang. Huhu.

Dan mungkin gak si kecil ni tahu hari tu harijadi dia kot, so dia susah sangat nak tidur. Bila orang dah nak sampai, baru dia tidur. Haish la Ammar ni. Huhu. Oh ye, gambar makanan pun saya tak sempat nak ambil ye. Iskh, memang tak professional langsung blogger sorang ni. Hehe

31 Responses

  1. […] May 20, 2012 MamaBard Leave a comment Assalamualaikum. Alhamdulillah, anak Mama dah setahun dah. Cepat kan masa berlalu? Mama masih boleh bayangkan lagi saat2 mengandungkan dan melahirkan Ammar. Itu semua kenangan terindah buat Mama. Harapan Mama, semoga Ammar membesar dengan sihat dan menjadi seorang insan berguna. Jangan nakal2 ye sayang. Mama dan Papa sayang Ammar sangat2 tau! Cerita tentang jamuan makan ada di Blog Bardboo (Blog lama Mama).. […]

  2. [CERITA] Setahun Dah!
    | Reply

    […] by Mama MC on May 20, 2012 Assalamualaikum. Alhamdulillah, anak Mama dah setahun dah. Cepat kan masa berlalu? Mama masih boleh bayangkan lagi saat2 mengandungkan dan melahirkan Ammar. Itu semua kenangan terindah buat Mama. Harapan Mama, semoga Ammar membesar dengan sihat dan menjadi seorang insan berguna. Jangan nakal2 ye sayang. Mama dan Papa sayang Ammar sangat2 tau! Cerita tentang jamuan makan ada di Blog Bardboo.. […]

  3. zie fauzi
    | Reply

    selamat hari jadi Ammar montel… lambat lak wish… untie x berapa sihat… baru mai terjah sini… 🙂
    zie fauzi recently posted..Video Rakaman Debat PTPTN 2012 | Khairy vs RafiziMy Profile

  4. Juan
    | Reply

    happy birthday ammar, eh apsal saya nmpk iklan google nih, hehehe
    Juan recently posted..Live Streaming Debat PTPTN Khairi vs Rafizi 22 Mei 2012My Profile

  5. Amirez
    | Reply

    happy birthday Ammar 🙂
    Amirez recently posted..Akaun Facebook Diceroboh?My Profile

  6. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    Sihatnya baby dyeee~ Selamat Hari Lahir 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..Hadirnya Bulan Rejab Dan KisahnyaMy Profile

  7. suri
    | Reply

    hee..nampaknya anak kak semakin tembam 😉
    suri recently posted..Kita Pakaikan Dia BajuMy Profile

  8. shraqs
    | Reply

    Geram saya tengok pipi si Ammar tu. 🙂 BTW, happy belated bday utk Ammar.
    shraqs recently posted..Samsung Galaxy Note Olympic EditionMy Profile

  9. titan
    | Reply

    ramai betul orang lahir bulan Mei ni ye..
    titan recently posted..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012My Profile

  10. akubiomed
    | Reply

    Wah meriah dapat sambut hari lahir di Perancis. Pipi Ammar tetap tembam gitu. 🙂
    akubiomed recently posted..Happy birthday to me!!!My Profile

  11. Denaihati
    | Reply

    selamat hari lahir yg pertama ammar(mudahan dah faham).

  12. Ummi Hanie
    | Reply

    hepi b’day Ammar… rajin mama organize bday party 😉
    Ummi Hanie recently posted..Lelaki kacak nak bawa melancongMy Profile

  13. Jebeng Otai™
    | Reply

    x sabar die nk potong kek tu..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Lelaki Kacak di Hati Izara AishahMy Profile

  14. noorsyamsul
    | Reply

    walaupun sederhana, tapi ammar tetap happy. sebab tu dia tak nak tidur…
    noorsyamsul recently posted..WORDLESS WEDNESDAY: SELAMAT HARI GURU 2012My Profile

  15. kesoma.rai
    | Reply

    happy birthday ammar..

    cantiknya kek tu..tak lama lagi birthday anak dara saya tu pun tak tau la buat kek ke beli je..hehe..nampak gayanya beli je kot..mak dia tak reti nak menghias hias bagai ni..
    kesoma.rai recently posted..Undang-undang anti obesitiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge