» » Saya Pregnant!! Alhamdulillah..

Saya Pregnant!! Alhamdulillah..

Salam.
Semalam saya dah pergi ke Klinik Nur di Batu Pahat. Doktor sahkan saya hamil, sudah 6 minggu. Kalau semuanya selamat, InsyaAllah bayi kami akan dilahirkan pada bulan Mei tahun depan.
Sebenarnya saya dah buat test sendiri Jumaat lepas, tapi memang nak tunggu jumpa doktor dulu baru nak kongsikan di blog dan facebook.
Mula-mula dulu, memang tak ada nak rasa loya dan muntah-muntah. Tapi sejak jumpa doktor semalam, terus je badan ni rasa tak sihat. Rasa loya, tapi tak boleh nak muntah. Agak terseksalah juga. Tapi saya memang menanti-nantikan berita gembira ni. Alhamdulillah.
Saya tak sabar nak beli baju-baju baby!!! Tapi Cik Abang saya pula tak sabar nak beli baju mengandung. Hehe.
Saya tak kisah dapat baby boy or girl, yang penting baby kami tu nanti sihat dan sempurna sifatnya. Doakan semuanya selamat ye. ^_^

2 Responses

  1. ciksembang
    | Reply

    pregnant yang second belum buat post lagi ke.. nak gak baca
    ciksembang recently posted..Tali laju vs tali skippingMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge